Hi! Welcome Back and Stay Tune! Awas! 'Kanak-Kanak Ketagih Telefon Pintar.' Risiko Hidap Masalah Tulang Belakang Dan Saraf..Cegah Sebelum Parah.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Awas! 'Kanak-Kanak Ketagih Telefon Pintar.' Risiko Hidap Masalah Tulang Belakang Dan Saraf..Cegah Sebelum Parah..



CYBERJAYA: Ketagihan terhadap peranti pintar berisiko menyebabkan isu-isu ergonomik.

Ia termasuklah masalah tulang belakang dan leher terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, kata Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata kajian perintis dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini mendapati kanak-kanak melihat peranti pintar dalam posisi tidak sihat yang menambah beban seberat 27 kilogram pada leher mereka.


Katanya walaupun penggunaan peranti digital begitu penting dalam era digital ketika ini, namun ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka bagi mengelakkan komplikasi kesihatan pada masa depan.

"Difahamkan ada remaja yang terpaksa mendapatkan terapi di hospital kerana masalah 'carpal tunnel syndrome' (kesakitan saraf median pada ibu jari dan jari telunjuk) kerana penggunaan peranti pintar terlalu lama.

"Ketika ini kanak-kanak seawal tiga tahun pun sudah ketagih peranti pintar," katanya pada majlis prapelancaran Persidangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ke-21 (COSH2018) dan Persidangan Saintifik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ke-5 (SCICOSH2018), di sini, Rabu.


Sehubungan itu, Lee berkata Pusat Kecemerlangan Ergonomik NIOSH di Johor Bahru akan menjalankan kajian secara lebih mendalam mengenai impak ketagihan terhadap peranti pintar dalam aspek ergonomik.

"Dapatan kajian itu nanti akan dapat kita sebarkan kepada masyarakat kerana bagi pihak NIOSH kita bimbang mengenai isu yang akan timbul pada masa depan seperti kos yang perlu ditanggung bagi mendapatkan rawatan atau terapi," katanya.

Berhubung COSH 2018, Lee berkata persidangan bertemakan "Meningkatkan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) Dalam Era Digital" itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 24 dan 25 September depan.


Menurutnya COSH buat julung kalinya dianjurkan secara terbuka dan berbentuk karnival dengan pelbagai aktiviti sampingan bagi menarik orang awam dan organisasi lain menghadiri persidangan tersebut.

Lee berkata seramai 1,500 peserta persidangan dan 100 syarikat serta 3,000 pengunjung dijangka hadir pada persidangan dan pameran berkaitan OSH tersebut.

-Bernama



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GPwNCQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.