Hi! Welcome Back and Stay Tune! Operasi SAR Kapal Korek Pasir Berjalan 24 Jam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Operasi SAR Kapal Korek Pasir Berjalan 24 Jam




MUAR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kru kapal korek pasir di Perairan 12 Batu Barat, Tanjung Tohor, di sini, akan diteruskan bagi tempoh 24 jam ini meskipun cuaca berangin dan laut berombak.

Timbalan Pengarah Operasi Wilayah Maritim Selatan, Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata operasi itu kini sedang menumpukan usaha untuk menarik kapal berkenaan ke kawasan yang lebih cetek bagi memudahkan usaha menyelamat dilakukan.

Beliau yang juga selaku Komander Operasi SAR itu berkata kapal berkenaan akan ditarik menggunakan dua kapal tunda milik syarikat berkenaan selain bantuan peralatan daripada aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), KD Samudera.

“Kapal berkenaan tenggelam di kawasan laluan kapal dagang jadi kami akan tarik kapal berkenaan ke kawasan yang lebih selamat dan telah memaklumkan kapal-kapal yang lain untuk tidak melalui kawasan tersebut.

“Operasi SAR menggunakan penyelam agak sukar dijalankan kerana aliran laut yang deras dan berombak, jadi kami berharap jika kapal berkenaan dapat ditarik ke kawasan yang lebih rendah tekanan air akan lebih rendah,” katanya kepada pemberita di sini, malam ini.

Menurut Sanifah, itu merupakan antara usaha yang akan dijalankan sementara menunggu aset daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), iaitu KD Mahameru yang dijangka tiba dari Pangkalan Tentera Laut, Lumut pada 5 pagi esok.

“TLDM juga mempunyai peralatan menyelam yang lebih sesuai bagi kerja-kerja menyelamat seperti ini,” jelasnya.

Buat masa ini, seramai 50 anggota dari pelbagai agensi penyelamat terlibat dalam operasi SAR itu.

Sehingga kini, daripada 18 kru yang terlibat dalam kejadian kapal terbalik pagi tadi itu, 14 kru kapal dipercayai masih hilang manakala tiga lagi terselamat dan seorang ditemukan lemas.

Kesemua mangsa merupakan lelaki, membabitkan seorang warga tempatan dan 17 warga asing, berumur lingkungan 20 hingga 64 tahun. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pxveSE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.