Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Gangguan Bekalan Eletrik Terputus, Doktor Bedah Terpaksa Guna Cahaya Lampu Suluh Telefon Bimbit Untuk Rawat Pesakit.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Gangguan Bekalan Eletrik Terputus, Doktor Bedah Terpaksa Guna Cahaya Lampu Suluh Telefon Bimbit Untuk Rawat Pesakit..



VIDEO yang merakam insiden di mana seorang wanita di Bihar, India dibedah hanya menggunakan bantuan cahaya lampu suluh berikutan masalah gangguan bekalan elektrik telah tular.

Kejadian mengejutkan itu berlaku di Hospital Sadar di Saharasa. Bagaimanapun tarikh sebenar tidak diketahui.


Menerusi video itu, seorang wanita yang dalam keadaan tidak sedar dilihat sedang baring atas katil, manakala seorang doktor yang memakai kemeja warna khaki sedang menjahit luka pada tangan kanannya.

Berikutan masalah bekalan elektrik, pembedahan itu dijalankan menggunakan cahaya lampu suluh telefon bimbit dipercayai milik petugas hospital berkenaan.


Menurut laporan media tempatan, pesakit itu memerlukan rawatan segera dan doktor terpaksa menjalankan pembedahan walaupun dalam keadaan terputus bekalan elektrik.

Susulan kejadian itu, Menteri Kesihatan Bihar, Mangal Pandey meminta laporan lengkap insiden itu diserahkan kepadanya.

"Pesakit itu cedera dan lukanya perlu dijahit. Tiada proses pembedahan dilakukan. Saya telah minta laporan lengkap kejadian itu, ia tidak sepatutnya berlaku," jelasnya kepada ANI selepas ia menjadi perbualan ramai.


Hospital berkenaan tidak mempunyai generator untuk menyediakan bekalan elektrik jika berlaku gangguan, berikutan itu cahaya lampu suluh telefon bimbit terpaksa menjadi alternatif ketika kecemasan.

Pada April 2016, video di daerah Mau, Uttar Pradesh menjadi tular apabila seorang doktor membedar pesakit kanak-kanak menggunakan cahaya telefon bimbit.-IndiaToday

VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GSl5Yi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.