Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemerintah Dubai Jadi Hero Tarik Kereta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemerintah Dubai Jadi Hero Tarik Kereta



DUBAI – Sekumpulan pelancong yang kereta dinaiki mereka tersangkut di padang pasir di Dubai, terkejut apabila mendapati pemandu kereta yang berhenti untuk memberi bantuan ialah pemerintah Dubai.

Memandu kereta Mercedes-Benz G-Wagen dengan nombor pendaftaran ‘Dubai No 1’, Sheikh Mohammed bin Rashid, berhenti dan menarik kenderaan pelancong itu keluar dari kawasan pasir.

Menurut Daily Mail, pelancong terbabit, Hanna Karen Arroyo melalui Twitter memberitahu, kereta dipandunya bersama sekumpulan rakan tersangkut di satu kawasan berpasir di Dubai, Sabtu lalu.

“Kami bernasib baik apabila diselamatkan Sheikh Mohammed bin Rashid,” katanya.

Hanna turut berkongsi gambarnya bersama Sheikh Mohammed.

Menurutnya, kereta Honda Pilot dipandunya tersangkut di kawasan berpasir berhampiran jalan raya.

Seorang budak lelaki dilihat membantu mengikat tali di hadapan kereta Honda berkenaan dan disambung pada kenderaan dipandu Sheikh Mohammed.

Sheikh Mohammed juga memberi minuman kepada kumpulan pelancong yang terkandas itu.

Ini bukan kali pertama kerabat diraja Dubai dirakamkan membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan bin Mohammed pada tahun lalu dirakamkan menggunakan kenderaannya untuk menarik sebuah lori yang terkandas di kawasan berpasir. – Agensi/myMetro Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DLIurg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.