Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Masa Aku Kecik, Aku Ingat Lagi, Kepala Aku Dihantuk Ke Dinding,Dipukul Dengan Penyapu Dan Dipaksa Tidur Dalam Bilik Air.” – Zulin Aziz Pernah Jadi Mangsa Dera Amah.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Masa Aku Kecik, Aku Ingat Lagi, Kepala Aku Dihantuk Ke Dinding,Dipukul Dengan Penyapu Dan Dipaksa Tidur Dalam Bilik Air.” – Zulin Aziz Pernah Jadi Mangsa Dera Amah..



Pelakon Zulin Aziz akui pernah menjadi mangsa dera pembantu rumahnya.

Zulin berkongsi kisah pahit itu menerusi akaun Twitternya sebentar tadi kerana terkesan dengan berita mengenai seorang amah yang menjadi mangsa dera majikannya.


Kata Zulin, walaupun kejadian itu berlaku ketika dia masih kecil namun dia tidak dapat melupakan kejadian ngeri itu.

Mengimbas kembali kejadian tersebut, Zulin mendedahkan kepalanya pernah dihantuk ke dinding, dipukul dengan menggunakan penyapu dan tidur dalam bilik air.


“Kejamnya majikan dera amah ni, macam firaun. Besar sangat ke salah dia sampai macam tu kau pukul. Manalah hati dia masa itu.


“Dulu masa kecik-kecik aku mangsa dera. Didera amah sampai satu hari jiran sebelah rumah mengadu kat arwah abah. 


Bayangkan kepala aku dihantuk-hantuk kat dinding. Kena pukul pakai penyapu, tidur dalam bilik air. Aku masih ingat lagi. Tapi arwah abah cuma halau dia keluar dari rumah.


“Aku mengadu sorang pun tak percaya. sebab bibik kemain baik depan dorang. Jiran aku indian, selalu nampak dan dengar aku kena bantai. 


Terima kasih jiran, walau wajah kau tak aku ingat, tapi aku nak terima kasih sangat.


“Bila ingat balik ya Allah. Takutnya keadaan aku waktu itu. Mak, ayah sibuk kerja. Oustation ke sana ke mari. Hish tak nak ingatlah. Tutup cerita. Allah,” tulisnya.

Foto: Twitter @iamzulinaziz / Instagram @zulinaziz


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HR5Uh6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.