Hi! Welcome Back and Stay Tune! Elak Kehidupan Rumahtangga Musnah, Suami Kahwinkan Isteri Dengan Kekasih Isteri.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Elak Kehidupan Rumahtangga Musnah, Suami Kahwinkan Isteri Dengan Kekasih Isteri..



SEORANG lelaki yang baru berkahwin selama enam hari telah membantu isterinya untuk berkahwin dengan kekasih lamanya supaya ketiga-tiga mereka dapat hidup bahagia bersama.

Pada 4 Mac, Basudep Tappo, 28, yang berasal dari desa Palmara, Odisha, India, berkahwin dengan seorang wanita berusia 24 tahun dari sebuah kampung di Jharsuguda, yang diatur oleh keluarga kedua-dua pihak.

Perkahwinan mereka dibuat mengikut tradisi masyarakat petani yang diamalkan keluarga Tappo.

Walaupun tidak ada surat pengesahan yang ditandatangani, mereka menerima restu masyarakat untuk menjadi pasangan suami isteri.

Semuanya berjalan lancar untuk enam hari, sehinggalah tiga lelaki dari kampung halaman pengantin perempuan datang melawat dan situasi berubah.


Tiga lelaki itu, salah seorang daripadanya mendakwa sebagai sepupu wanita berkenaan, disambut baik oleh Tappo.

Pada satu ketika, dua daripada lelaki itu meninggalkan rumah untuk melawat sekitar kampung, sementara lelaki yang mendakwa sepupu wanita tersebut tinggal berdua-duaan dengan wanita berkenaan.

Malang bagi mereka, jiran-jiran tidak dapat menerima apabila seorang lelaki asing bersekedudukan dengan wanita yang baru berkahwin, sehingga mereka masuk ke rumah dan memukul lelaki terbabit.

Melihat lelaki itu dibelasah, wanita itu mengaku bahawa lelaki itu sebenarnya kekasih lamanya yang hubungan mereka tidak direstui keluarganya.

Walaupun membantah, dia tetap dikahwinkan dengan Tappo menyebabkan kedua-dua mereka tidak mempunyai pilihan selain meneruskan cinta mereka secara rahsia.

Pengakuan seperti itu biasanya akan membawa akibat yang tragis di banyak bahagian di pedalaman India, yang ia dianggap sebagai dosa, tetapi setelah mendengar penjelasan isterinya, Tappo muncul dengan penyelesaian yang agak aneh.


Dia mencadangkan agar wanita itu berkahwin dengan kekasihnya.

Lelaki itu kemudian menghubungi adik dan kakak isterinya untuk memberitahu mereka tentang rancangan itu dan mendapatkan persetujuan mereka.

Setelah diselesaikan, mereka mengadakan perkahwinan tradisional kedua, melibatkan isteri dan kekasih lamanya, yang juga mendapat restu masyarakat.

Image result for Basudeb Tappo, 28

"Tiga kehidupan akan musnah sekiranya saya tidak melakukan ini. Inilah satu-satunya penyelesaian. Sekarang kita semua boleh gembira," kata Tappo.

Ibu Tappo, Sanibari Tappo, memuji kebijaksanaannya, memberitahu Times of India bahawa anak lelakinya telah membuat keputusan terbaik, dalam keadaan tertentu.


"Kehidupan kami akan menjadi lebih rumit jika penyelesaian ini tidak dicapai. Kami tidak akan melupakan pengorbanannya," katanya.

"Bila kami tahu keputusan Basudep, kami merasakan ia adalah perkara yang paling sesuai untuk dilakukan dalam keadaan sedemikian. Jadi seluruh kampung datang untuk menyokong perkahwinan kedua isterinya," kata ketua kampung Pamara, Gajendra Bagh.

kredit: mstaronline



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DM6GcO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.