Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Kejam! Pak Guard Tumbuk & Pijak OKU Hingga Pengsan Direman 4 Hari.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Kejam! Pak Guard Tumbuk & Pijak OKU Hingga Pengsan Direman 4 Hari..



TUMPAT - Seorang pengawal keselamatan di sebuah pasaraya di Tumpat dipercayai terbabit dalam rakaman video tular menumbuk muka seorang lelaki ditahan reman selama empat hari hingga 23 Mac ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, suspek berusia 26 tahun telah ditahan reman sejak semalam lagi selepas tangkapan dibuat.


Menurutnya, mangsa seorang orang kurang upaya (OKU) berusia 42 tahun adalah pekerja di pasaraya yang sama dengan suspek.

"Siasatan awal mendapati punca berlaku kes tumbuk itu disebabkan mereka berdua ada selisih faham.


"Rakaman kamera litar tertutup ( CCTV) kes tumbuk itu tular di media sosial hari ini tetapi kes ini berlaku hari Isnin lagi.

"Pihak polis sudah mengambil tindakan dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.24 petang pada Isnin lalu apabila pengawal keselamatan terbabit telah menumbuk muka mangsa.

"Mangsa ditumbuk dan dipijak oleh pengawal keselamatan terbabit menyebabkan lelaki itu tidak sedarkan diri.


"Mangsa kini dirawat di Hospital Tumpat, terdapat kesan tumbukan dan darah di bahagian muka manakala dibahagian belakang kepala alami bengkak akibat hentakkan ke lantai semasa jatuh," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

VIDEO:



Kredit- Sinar Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GSlpGu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.