Hi! Welcome Back and Stay Tune! Semasa Saya Tinggal Di Asrama Kolej, Dia Juga Pergi Dan Tidak Pernah Kembali Lagi Selepas Itu," Remaja Terkejut, Kucing Hilang Tiba-Tiba Muncul Selepas Lima Tahun.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Semasa Saya Tinggal Di Asrama Kolej, Dia Juga Pergi Dan Tidak Pernah Kembali Lagi Selepas Itu," Remaja Terkejut, Kucing Hilang Tiba-Tiba Muncul Selepas Lima Tahun..



PERNAHKAH anda terfikir kucing yang hilang selama lima tahun akan kembali semula ke pangkuan pemiliknya?

Kedengaran mustahil namun itulah yang berlaku ke atas seorang wanita, Nguhi Muturi yang akhirnya kembali bersatu dengan kucingnya, Panther.


"Saya memeliharanya ketika masih kecil. Semasa saya tinggal di asrama kolej, dia juga pergi dan tidak pernah kembali lagi selepas itu," ujar Nguhi kepada Press Assosiation.

Kehilangan itu pastinya sangat memberi kesan kepada Nguhi. Namun, dia memilih untuk menerima hakikat kehilangan itu sehingga mendapat kejutan baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya yang diulang kicau (retweet) sehingga lebih 200,000 pengguna Twitter, Nguhi menceritakan mengenai kepulangan Panther yang hilang selama lima tahun.


"Tiba-tiba ada seekor kucing menyerupai Panther datang ke rumah di Dallas, Texas dan menghampiri ayah saya.

"Apabila ayah bawa masuk ke dalam, kucing itu terus ke tempat kegemaran Panther.

"Selepas diperiksan, kami dapati kucing itu tiada kuku di bahagian depan. Dari situ kami tahu ia adalah Panther," kata Nguhi.

Setelah diselidik, rupa-rupanya Panther dipelihara pusat perlindungan yang terletak 24 kilometer dari kediamannya.


Di sana, dia dijaga seorang wanita yang kemudiannya menyerahkan Panther kepada ibubapanya.

Apa yang mengejutkan, ibubapa wanita itu rupa-rupanya adalah jiran kepada Nguhi.

Related image

"Saya tak percaya dan sungguh terkejut dengan keajaiban ini," tulis Nguhi di Twitter.

Walaupun jirannya menyerahkan kembali Panther, Nguhi yang kini mempunyai seekor anjing telah membuat keputusan untuk menyerahkan semula kucing itu kepada jirannya kerana ia sudah selesa tinggal bersama mereka.

"Sudah tentu ia menyedihkan tapi saya tak kisah. Dia sudah selesa dengan mereka.

"Jiran saya juga memberi kebenaran untuk saya melawat Panther pada bila-bila masa," ujarnya.




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GSlxps

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.