Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Darah Keluar Dari Hidung, Mulut Dan Duburnya.” Bayi Usia 9 Hari Meninggal Dunia Selepas Disuap Bubur Pisang Oleh Nenek.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Darah Keluar Dari Hidung, Mulut Dan Duburnya.” Bayi Usia 9 Hari Meninggal Dunia Selepas Disuap Bubur Pisang Oleh Nenek..



Kecuaian seorang warga emas telah menyebabkan bayi yang baru lahir meninggal dunia selepas disuap dengan bubur pisang.

Menurut Lia Imelda Siregar, kejadian itu berlaku pada November tahun lalu di Kuala Simpang, Indonesia.


"Ini semua pengajaran buat kita semua. Dulu mungkin bayi baru lahir boleh diberi makan bubur pisang kerana pisangnya masih bersih dan bebas dari racun serangga," tulisnya di Facebook. 

Difahamkan, bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan itu baru saja berusia 9 hari, tetapi telah disuap dengan bubur pisang oleh neneknya meskipun telah dilarang berbuat demikian. 

Akibatnya, berlaku pendarahan dari hidung, mulut dan duburnya menyebabkan keluarga itu panik, lalu menghantar mangsa ke hospital. 


"Si dedek (bayi) menangis saja. Jadi, saya buatkan bubur pisang untuk dia. Dulu anak-anak saya semua diberi makan bubur ini dan tiada apa-apa masalah yang berlaku. 

"Tetapi bila diberi pada cucu, darah keluar dari hidung, mulut dan duburnya. Saya menyesal. Bidan pun dah melarang sebelum ini tetapi saya degil. 

"Sewaktu dilahirkan, beratnya 1.8 kg. Selepas 10 hari, beratnya turun ke 1.3 kg," katanya sambil menangis dan mengatakan bahawa itu adalah cucu pertamanya. 

Sejam selepas dibawa ke hospital, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia. 




Lia menasihatkan ibu bapa dan penjaga tidak mengulangi kesilapan warga emas berkenaan dan haruslah diketahui bahawa bayi berusia enam bulan ke bawah tidak digalakkan diberi makan makanan pejal kerana usus mereka masih belum mampu menghadam makanan pejal. 


"Jangan beri bayi makan makanan pejal. Kasihan anak kecil ini menderita darah keluar dari hidung, mulut dan duburnya sehingga hilang nyawa akibat kecuaian neneknya sendiri. 

"Usus bayi tidak kuat seperti usus orang dewasa. Tolong jangan beri makanan pejal kepada bayi," tulisnya.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HUQAAg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.