Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Pihak Kami Sudah Memaafkan Individu Yang Menyebarkan Foto Bayi Kami. Tidak Mahu Menjadikan Ia Satu Isu Sebab Saya Dan Siti Pun Sudah Reda," Alami Pendarahan, Siti Perlu Ditahan Lagi.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Pihak Kami Sudah Memaafkan Individu Yang Menyebarkan Foto Bayi Kami. Tidak Mahu Menjadikan Ia Satu Isu Sebab Saya Dan Siti Pun Sudah Reda," Alami Pendarahan, Siti Perlu Ditahan Lagi..



PENYANYI kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza masih belum dibenarkan pulang dan perlu ditahan dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.

Menurut suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kepada mstar online, isterinya itu mengalami pendarahan ketika pembedahan.


Oleh itu, dia perlu melalui menjalani rawatan untuk menambah darah.

"Buat masa ini Siti masih dalam pemantauan doktor kerana dia kehilangan banyak darah semasa pembedahan.

"Sekarang dia perlu ditambah darah dan mungkin dalam masa dua atau tiga hari lagi dia boleh pulang," katanya.


Tambah Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K, Siti juga melalui pengalaman yang manis sebagai seorang ibu apabila berpeluang menyusukan anaknya.

"Buat masa sekarang, bayi kami tak banyak karenah. Biasalah kalau berjaga waktu malam pun hanya untuk berikan dia susu.

"Selepas itu, dia akan tidur semula dan Siti pun dapat berehat," jelasnya.

Siti Nurhaliza melahirkan bayi dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada Isnin lalu.


Dalam masa seminggu bayi berkenaan akan menggunakan nama sementara iaitu Fatimah Az-Zahra.

Sementara itu, ditanya mengenai isu penyebaran gambar puteri sulung mereka tanpa kebenaran, Khalid berkata, mereka enggan memanjangkan perkara tersebut dan terbuka hati memaafkan pihak yang menyebarkan foto tersebut.

"Pihak kami sudah memaafkan individu yang menyebarkan foto bayi kami. Tidak mahu menjadikan ia satu isu sebab saya dan Siti pun sudah reda," ujarnya yang sebenarnya merancang akan mengadakan satu sesi khas untuk berkongsi wajah dan nama sebenar bayi mereka tidak lama lagi.


Sumber: Sinar Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DJJuMz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.