“Ya, Itu Memang Foto Anak Kami.” Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa Sahkan Foto Bayi Yang Dipangku Oleh Seorang Wanita Yang Viral Di Laman Sosial Adalah Gambar Anak Mereka.
Suami kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengesahkan foto bayi yang dipangku oleh seorang wanita yang viral di laman sosial adalah gambar anak mereka.
“Ya, itu memang foto anak kami, takkanlah kami nak menafikannya. Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah isteri serta anak kami.
"Sejujurnya, saya rasa amat terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan foto itu kerana kami sudah mempunyai perancangan untuk memaparkan wajah anak kami dan mengumumkan namanya dalam satu majlis khas," kata Khalid.
Tambah Khalid, dia turut menafikan panggilan Fatimah Az-Zahra merupakan nama sebenar anak mereka. Nama tersebut hanya sekadar gelaran untuk anaknya dalam tempoh seminggu sebelum nama sebenar diumumkan.
“Ramai yang keliru sebenarnya kerana menyangka Fatimah itu adalah nama sebenar. Itu hanya gelaran yang kami berikan kepada bayi kami sebelum mengumumkan nama sebenar yang sudah pun kami pilih," katanya.
Siti melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.55 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, jam 8.17 pagi semalam.
Sumber: BH Online
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GPHntD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment