BR1M Hapus, Judi Bola Timbul Jika Dr M Pegang Kuasa
RAKYAT Malaysia mula menerima pembayaran pertama BR1M bagi tahun 2018 hari ini. Difahamkan banyaklah mesin-mesin ATM yang menjadi sasaran penerima sejak dari pagi, maklum sajalah, 7 juta lebih rakyat menerima manfaat. Tinggal yang tak dapat saja bercakap, yang lain semua sebat. Sekitar minggu sudah, bagi murid-murid yang layak, sudah menerima pemberian RM 100 seorang dari kerajaan.
Berikutan usul dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang mahu pemimpin-pemimpin UMNO sendiri menyampaikan BR1M kepada rakyat di kawasan mereka, maka selain debit terus masuk ke dalam akaun penerima, ada juga yang akan menerima terus dari pemimpin UMNO kawasan masing-masing. Pemberian secara terus ini memberi manfaat kepada mereka yang ada masalah diisytihar muflis dan sebagainya
Apa pun, suka diingatkan bahawa BR1M ini antara yang pertama sekali akan dihapuskan selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri semula, selain tol yang akan terus dikekalkan, malah mungkin dinaikkan pula demi mengelak kerajaan membayar pampasan kepada syarikat konsesi. Apatah lagi Mahathir (yang tak pernah bayar tol) percaya bahawa tol di Malaysia adalah yang termurah di dunia.
Mahathir berulang kali mengatakan BR1M ini adalah dedak, rasuah dan sebagainya. Walaupun berbuih mulut kita kata BR1M adalah sebahagian daripada rasionalisasi subsidi yang kerajaan hari laksanakan, Mahathir percaya apa yang dia mahu percaya saja. Mahathir berpegang kepada konsep, subsidi patut diterima semua orang, termasuk orang kaya, bukan orang yang memerlukan saja seperti BR1M hari ini.
Pendek kata kalau tak betul buat pilihan dalam PRU14 ni besok, maka ini mungkin BR1M terakhir yang akan rakyat terima. Lepas ini jadi macam dulu baliklah, ada SST semula, minyak naik saja turun tak pernah dan semacam itu. Sebab orang lama macam Mahathir tidak terbuka kepada idea baru, dia percaya apa yang dulu berjaya pada mata dia, tak sedar dunia dah jauh berbeza.
Selain itu lesen judi bola – antara hajat Mahathir yang tertangguh, akan turut dilaksanakan sebab orang Cina suka berjudi kata dia. Kita tahulah di Malaysia ini, judi-judi yang ada sekarang pun dah susah nak dilaksanakan penguatkuasaannya, tak masuk cerita judi online lagi, dah dia luluskan judi bola pulak.
Bertambah rosaklah rakyat kita jadinya. - MYKMU
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FdbZDG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment