Dengan Mahathir Mengetuai, Masa Depan Yang Dasyat Menanti Kita
Tulisan asal oleh:
Karamjit Gill, Malaysia Today, 2 Mac 2018
Demam pilihan raya melanda sekali lagi. Sudah tiba masanya untuk janji-janji kosong dan barang-barang percuma. Ia adalah tempoh di mana ahli-ahli politik berlutut dan merayu untuk mendapatkan undi.
Sentimen anti-kerajaan di kawasan bandar sedang dinyalakan. Walau bagaimanapun, berbanding dengan dua pilihan raya sebelum ini, suasananya berbeza kali ini. Entah bagaimana, perhimpunan anti-kerajaan agak lemah berbanding sebelumnya.
Apabila Dr Mahathir Mohamad menyertai Pembangkang dan menjadikan dirinya sebagai ‘godfather’ baru, rakyat Malaysia mempercayai bahawa beliau telah berubah.
Kita diberitahu bahawa beliau menyesal kerana kesilapannya yang lalu; satu permintaan maaf yang hanya datang dari mulut semua pemimpin pembangkang lain dan bukannya dari orang itu sendiri. Tetapi setiap kali beliau membuka mulutnya, beliau menunjukkan kepada kita bahawa beliau masih orang yang sama.
Yang terkini berkaitan dengan hartawan perniagaan Robert Kuok. Dalam bukunya 'Robert Kuok, A Memoir', beliau jelas menyebut bagaimana beliau sering dicari untuk mendapatkan sumbangan dan menyelamatkan BN dan MCA pada masa lalu.
Beliau secara khusus menyebut bagaimana beliau menyediakan dana yang banyak untuk membantu Multi-Purpose Holdings Berhad yang dikuasai MCA pada akhir 80-an. Itu adalah semasa era Mahathir.
Walau bagaimanapun, Mahathir dengan terang-terang menafikannya dan menyatakan bahawa Kuok tidak pernah memberi wang kepada BN ketika beliau menjadi perdana menteri. Apa yang anda jangkakan, beliau malah menipu mengenai keturunannya.
Seterusnya datang pembelaan Mahathir mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), satu dasar yang sangat dikritik oleh Kuok dan Pembangkang selama beberapa dekad. Penyangkalan Mahathir ke atas kritikan Kuok mengenai DEB memperkukuhkan lagi sikap pilih kasihnya kepada satu etnik.
Ketika Najib Razak memperkenalkan Model Ekonomi Baru (NEM) pada tahun 2010 yang mana adalah lebih adil, ia sangat ditentang oleh Ibrahim Ali dari Perkasa, yang mana Mahathir adalah Penasihatnya, memetik kebimbangan bahawa bumiputera akan tertinggal ke belakang.
Mahathir terus mengatakan bahawa Najib adalah orang yang paling dibenci di Malaysia kerana rakyat menderita dengan negara yang menuju muflis. Namun, kita tidak melihat sebarang rusuhan atau pemberontakan di jalan-jalan Malaysia.
Ingatannya yang terpilih terus terlupa bahawa perhimpunan jalanan yang paling kejam dan ganas dengan jumlah penyertaan yang terbesar dalam sejarah Malaysia pada tahun 1998 adalah ketika beliau berkhidmat. Semua perhimpunan jalanan yang lain selepas itu tidak sedasyat malapetaka tahun 1998 itu.
Hari ini, Malaysia tidak mempunyai pembangkang yang boleh dipercayai. Pemergian Karpal Singh dan Tok Guru telah mengambil segala-galanya. Dengan PM Najib terpaksa menukar gaya politik konservatif lama BN, saya bimbang 'perubahan' yang berlaku sekiranya Mahathir mendapat kuasa di bawah Pakatan dan akan membawa kita lebih jauh ke belakang.
Satu perkara cukup jelas. Dengan Mahathir mengetuai, masa depan yang dasyat menanti Malaysia.
Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/2018/03/02/154333/
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Fa0QI7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment