Hi! Welcome Back and Stay Tune! UMNO Akan Diharamkan Dalam Masa Terdekat? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UMNO Akan Diharamkan Dalam Masa Terdekat?




Dakwaan bahawa UMNO akan diharamkan dalam masa terdekat berikutan penangguhan pemilihan parti itu adalah tidak benar dan sengaja ditularkan bagi mengelirukan orang ramai, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya UMNO masih berkuat kuasa di semua peringkat dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagaimana terkandung dalam asas dan tujuan penubuhannya.

“Dakwaan itu sengaja ditularkan bagi mengelirukan orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO dan para penyokongnya selain usaha pihak tertentu untuk memburukkan parti,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Tengku Adnan turut memaklumkan bahawa Pemilihan UMNO yang diputuskan ditangguhkan sebelum ini akan diadakan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.

“Ini selaras dengan kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) . Ini adalah merujuk kepada Seksyen 13 A (4) Akta Pertubuhan 1966, Pendaftaran Pertubuhan berkuasa untuk melanjutkan tarikh atau waktu pemilihan pertubuhan berdaftar dengan syarat suatu permohonan bertulis dibuat,” katanya.

Tengku Adnan berkata penangguhan tersebut adalah bagi memastikan kesempurnaan perjalanan parti selaras Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO dengan proses pemilihan dalam UMNO berjalan lancar dan juga mengambil kira faktor keadaan semasa politik parti khususnya dan negara amnya.

Sehubungan itu, Tengku Adnan menasihatkan orang ramai khususnya anggota UMNO agar tidak mudah terpedaya dengan penularan berita berkaitan parti sebaliknya membuat semakan dengan Ibu Pejabat UMNO terlebih dahulu. – BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CXklNZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.