Ibu cedera,bayi tidak sedarkan diri kereta dirempuh pemandu mabuk
Ibu cedera,bayi tidak sedarkan diri kereta dirempuh pemandu mabuk|Seorang bayi perempuan berusia setahun tidak sedarkan diri dan bergantung dengan alat bantuan pernafasan apabila kereta dipandu ibunya dilanggar sebuah kenderaan lain dalam kemalangan di Kilometer 13.1 Lebuhraya Persekutuan dari arah Klang menghala ke Kuala Lumpur awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi itu, turut cedera adalah ibu bayi terbabit, Norashila Ishak dan saudaranya, Norsyuhada.
Difahamkan, kenderaan jenis Perodua Kelisa dinaiki tiga saudara itu dilanggar kenderaan jenis Honda CRV yang dinaiki pasangan suami isteri dipercayai berada dalam keadaan mabuk.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki pasangan suami isteri itu dari arah Klang menuju Kuala Lumpur telah melanggar bahagian belakang kanan kenderaan dipandu Norashila.
Katanya, akibat daripada pelanggaran itu, kereta dipandu mangsa terbalik di bahagian tengah jalan, manakala pemandu kereta Honda CRV hilang kawalan menyebabkan kenderaannya juga terbabas kira-kira 50 meter di hadapan.
“Ketika tiba di tempat kejadian, semua mangsa tiada di tempat kejadian dan telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan.
“Kemalangan itu mengakibatkan bayi tersebut tidak sedarkan diri, manakala ibunya mengalami kecederaan dalaman dan patah tangan sementara saudaranya cedera di leher serta masih dalam pemantauan doktor,” katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, jelas Baharuddin, keadaan pasangan suami isteri itu dilaporkan stabil namun mereka juga mengalami kecederaan masing-masing patah tulang muka dan tulang belakang.
Ditanya mengenai dakwaan bahawa kenderaan dipandu pasangan suami isteri itu dalam keadaan mabuk, Baharuddin menjelaskan sehingga kini pihaknya tidak menerima laporan berkaitan itu.
“Setakat ini tiada laporan diterima, namun sekiranya benar dakwaan ini kita akan menahan mereka dan mengambil tindakan undang-undang,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
The post Ibu cedera,bayi tidak sedarkan diri kereta dirempuh pemandu mabuk appeared first on Eberita.org.
✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FmWfRZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment