Mahathir 'Tidak Laku' Di Pekan, Pahang
Program ceramah Pakatan Harapan diketuai DAP yang turut disertai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad di Felda Chini 2 di sini malam tadi berlangsung dalam keadaan hambar dengan dihadiri kira-kira 400 orang.
Ternyata ceramah yang diadakan di kawasan Parlimen diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu gagal menarik kehadiran orang ramai khususnya peneroka Felda meskipun membariskan pemimpin tertinggi pakatan itu sebagai penceramah.
Malah, terdapat kalangan hadirin adalah orang luar Felda yang merupakan penyokong Pakatan Harapan yang datang dari luar tanah rancangan itu selain kehadiran petugas media yang memenuhi kawasan hadapan pentas.
Selain Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, ceramah tersebut disertai Presiden PAN, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan wakil DAP Pusat, Ronnie Liu.
Yang turut berceramah Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman; Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan negeri, Leong Ngah Ngah.
Dalam suasana sambutan dingin, ceramah yang pada mulanya dijangka ‘panas’ dengan kehadiran Dr. Mahathir yang kononnya mahu ‘menyerang’ kubu Najib bertukar menjadi sebaliknya apabila pembangkang hanya mengupas isu lapuk dan menjadikan pentas itu sebagai tempat mengkritik pemimpin Barisan Nasional (BN).
Lebih malang, Dr. Mahathir yang juga calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan tidak menggunakan kesempatan pentas ceramah di kawasan Felda berkenaan untuk memperjelaskan tindakannya mengetuai pertemuan dengan 16 duta dari negara-negara Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini pada saat kesatuan itu mencadangkan untuk memboikot minyak kelapa sawit termasuk dari Malaysia.
Tindakan itu sebelum ini dikatakan sebagai satu pengkhianatan dan mengecewakan golongan peneroka.
Malah, bekas Perdana Menteri berkenaan yang dikatakan kurang memberi perhatian terhadap warga Felda meskipun menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun tidak menjelaskan sama ada beliau membangkitkan isu sekatan eksport dan antiminyak sawit dalam pertemuan tersebut.
Dalam pada itu, seperti biasa, pembangkang menyalahkan kerajaan Pusat dan negeri kerana gagal membela nasib rakyat selain menabur janji-janji yang dibuat sebelum ini sekiranya berjaya menawan Putrajaya.
Mazlan misalnya, cuba mempengaruhi peneroka dengan isu lama antaranya membangkitkan isu Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) sedangkan syarikat itu merekodkan peningkatan keuntungan pada tahun lepas yang membuktikan ia berada dalam kedudukan yang kukuh dan diurus dengan baik.
Saifuddin Nasution pula menyentuh hutang peneroka yang mana hakikatnya kerajaan telah memperkenalkan pelbagai langkah dan insentif untuk menyelesaikan masalah golongan tersebut. - UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CXHcJd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment