Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siapa Kawan Mahathir Di Argentina Itu? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siapa Kawan Mahathir Di Argentina Itu?






Dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak mampu memiliki kuda dan meminjam haiwan itu daripada rakannya ketika ber­ada di Argentina hanya satu sandiwara politik bagi me­raih simpati orang ramai.

Ketua Penerangan UMNO Temerloh, Datuk Ridzuan Hazimin Ramli berkata, sehubungan itu, Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP tersebut perlu menjelaskan kepada rakyat siapa rakan yang didakwa meminjamkan kuda yang mana harganya amat mahal.

“Rakyat perlu tahu siapa kawan Dr. Mahathir yang begitu kaya meminjamkan kuda yang mahal dan jet peribadi sebelum ini.

“Apakah kroninya yang kaya-raya? Saya rasa dia cuba mengalih perhatian masyarakat terhadap kroni-kroni dan keluarganya yang kaya-raya dengan membuat pelbagai dakwaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Dr. Mahathir yang mendakwa ti­dak mempunyai kuda di Argentina sebaliknya dipinjam daripada rakannya.

Menurut Ridzuan Hazi­min, apa yang dilakukan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu hanyalah sandiwara rentetan daripada tindakannya me­mo­hon sumbangan untuk parti tersebut baru-baru ini.

Katanya, ia bertujuan meraih simpati politik daripada orang ramai sedangkan sebenarnya Dr. Mahathir mempunyai ramai kroni dan rakan yang kaya-raya.

Dalam pada itu, beliau berkata, masyarakat perlu menilai dan menye­dari sandiwara yang dilakukan pembangkang pada masa ini hanya semata-mata bagi meraih sokongan.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbukti mampu membawa per­ubahan dan membantu rakyat berban­ding pembangkang yang bersandiwara serta hanya pandai menabur janji,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Fa3spb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.