Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr Mahathir Memang Bijak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr Mahathir Memang Bijak





Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tokoh yang bijak menguasai dan mencipta persepsi untuk kelangsungan politik beliau.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata bekas pemimpin negara itu cukup pandai menyusun strategi setiap kali membuat perubahan politik.

“Saya pernah berada dalam tempoh yang lama dalam Kabinet Dr Mahathir. Saya melihat beliau membina persepsi ketika mahu menyokong Anwar Ibrahim (Datuk Seri) untuk menolak Suhaimi Kamaruddin (jawatan Ketua Pemuda), begitu juga menolak Tengku Razaleigh Hamzah dan kemudian cara beliau tolak Anwar ada cara yang beliau buat secara berterusan.

“Cara Dr Mahathir membina persepsi ini sangat fokus dan dilakukan sangat ekstrem supaya ia melekat serta beliau sangat konsisten. Akhirnya, di satu sudut beliau berjaya membina persepsi itu.

“Begitu juga sekarang beliau mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan mewujudkan persepsi menyatakan Najib sebagai pencuri,” katanya ketika menjadi ahli panel Diskusi Sembang Santai bertajuk Perangkap Perang Persepsi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) anjuran Media UMNO dan Jabatan Penerangan UMNO di restoran Riverside Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Sementara itu, seorang lagi ahli panel, pakar Strategis Geopolitik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata, kegagalan kerajaan menjawab sesuatu isu dibangkitkan pembangkang dengan cepat dan berstrategi menyebabkan timbul persepsi buruk terhadap pentadbiran serta kepemimpinan negara.

Lebih parah lagi, katanya, isu dibangkitkan itu tidak dijawab mereka yang bertanggungjawab, sebaliknya dijawab ahli politik dan anggota Kabinet yang tidak bersandarkan maklumat tepat.

“Pihak yang diserang dengan ancaman persepsi ini sepatutnya memberikan maklum balas dengan jawapan berstrategik bukannya menyerahkan isu itu untuk dijawab pihak lain,” katanya.

Azmi mengambil contoh isu syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang mana pengurusan syarikat berkenaan tidak mengambil langkah strategik menangani persepsi dibangkitkan sehingga kerajaan dipersalahkan.

“Dalam isu 1MDB, sepatutnya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB perlu menjawab semua persepsi buruk dan tuduhan dilemparkan, bukannya menyerahkan tugas itu kepada Perdana Menteri menjawabnya.

“Apabila Perdana Menteri menjawab, nampaknya umpan mereka yang cuba mewujudkan persepsi terhadap syarikat itu sudah mengena,” katanya.

Beliau berkata, pihak yang menyerang 1MDB melihat syarikat itu lemah dan wajar dijadikan alat perang persepsi dengan menabur umpan menyatakan wang syarikat itu sudah dicuri.

Seorang lagi ahli panel, Presiden/CEO Yayasan Media Hebat yang juga bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan, Datuk Seri Dzulkarnian Taib berkata, kelewatan menjawab perang persepsi yang dicipta pembangkang menyebabkan perkara itu dilihat sebagai benar oleh orang ramai.

Katanya, dalam kes 1MDB, selepas enam bulan isu itu dimainkan pembangkang, barulah kepemimpinan syarikat itu menjawab selepas kerosakan sudah berlaku.

“Ini tidak sepatutnya berlaku. Jika ditangani lebih awal mungkin kerosakan tidak berlaku teruk sehingga ke hari ini,” katanya.

Katanya, perlu ada kumpulan media dan komunikasi strategik untuk menerangkan persepsi negatif dicipta pembangkang.

“Sudah menjadi kerja pembangkang memutar belitkan isu dan mewujudkan persepsi negatif kepada kerajaan, pentingnya kita faham strategik untuk meminggirkan isu dibangkitkan. Jadi, perlu ada kumpulan yang mengkaji cara terbaik menjawab semua tuduhan berkenaan.

“Perlu difahami tidak semua isu mempunyai satu formula sama untuk ditangani, kita perlu buat kajian dan uruskan satu persatu mengikut isu,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FcIO89

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.