Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembangkang Guna Berita Palsu Sebagai Senjata Politik PRU-14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembangkang Guna Berita Palsu Sebagai Senjata Politik PRU-14





Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan didominasi DAP menggunakan berita palsu sebagai senjata politik mereka untuk meraih undi pada pilihan raya umum ke-14, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

"Rakyat Malaysia yang berfikiran waras akan ingat bagaimana Mahathir memulakan serangan berita palsu terhadap 1MDB, apabila menyatakan dengan salah bahawa 'RM42 bilion telah hilang,' hanya untuk dibuktikan berulang kali bahawa kenyataan itu adalah salah," katanya menerusi catatan dalam blog sskeruak.blogspot.my semalam.

Dalam keadaan mereka yang terdesak, Salleh berkata adalah menyedihkan untuk melihat bekas perdana menteri dan pembangkang kini tanpa berfikir panjang mengitar semula dakwaan tanpa bukti dan menyebarkan berita palsu secara tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata pembangkang sekali lagi mengambil kesempatan berikutan dakwaan tanpa disahkan dan tanpa dibuktikan berhubung sebuah kapal mewah dinamakan ‘The Equanimity.’

Antara lain, menteri itu berkata kapal itu dikatakan dimiliki Jho Low, dan pembeliannya dibuat menggunakan dana daripada 1MDB, iaitu satu lagi percubaan yang gagal untuk mengelirukan rakyat Malaysia dengan berita palsu.

"Hakikatnya adalah sumber tuduhan tu terkandung dalam tuntutan sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat, yang sebenarnya telah ditangguhkan sejak Ogos 2017.

"Sehingga hari ini, selain dakwaan asas yang terkandung dalam tuntutan sivil itu, DoJ belum mengemukakan sebarang bukti kukuh bahawa Jho Low ialah pemilik sebenar kapal mewah itu ataupun ia dibeli menggunakan dana daripada 1MDB," katanya.

Tambahan pula, beliau berkata DoJ masih belum membuktikan mana-mana tuduhannya di mahkamah, walaupun hampir dua tahun berlalu sejak persidangan akhbarnya yang sensasi diadakan pada Julai 2016.

"Pembangkang gagal menyatakan bahawa dakwaan sumber dana dalam tuntutan sivil DoJ adalah daripada Aabar BVI, yang menurut DoJ, dikatakan mempunyai urusan perniagaan dengan Jho Low.

"Para pengarah Aabar BVI ialah Khadem Al Qubaisy dan Mohammed Al Badawy, bekas petugas kanan dalam kumpulan IPIC.

"1MDB berulang kali menjelaskan bahawa walaupun ia mempunyai urusan perniagaan dengan Aabar BVI, 1MDB tidak mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan Jho Low dan yang lebih penting, 1MDB bukanlah pihak dalam tuntutan sivil DoJ," kata Salleh.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FetrHV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.