50 Penghuni Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Pekerja Musnah Terbakar
Kira-kira 50 penghuni yang menetap di rumah pekerja Ladang Indranita Jaya di sini tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman berkenaan musnah terbakar awal pagi tadi.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.34 pagi.
Menurutnya, sebaik menerima laporan itu, sepasukan 14 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dan BBP Kota Samarahan dikerahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran.
"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota bomba mendapati api sedang marak membakar lapan pintu rumah pekerja ladang kelapa sawit tersebut. Pasukan bomba kemudian bertindak melakukan operasi pemadaman bagi mengawal kebakaran itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2J9bw7a
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment