Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ekonomi Malaysia Tidak Bankrap, Yang Bankrap Kedai Roti Mahathir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ekonomi Malaysia Tidak Bankrap, Yang Bankrap Kedai Roti Mahathir



Perbuatan Pakatan Harapan (PH) memomokkan rakyat Malaysia dengan dakwaan bahawa negara akan bankrap sudah buat rakyat kebas telinga. Malaysia tidak bankrap malahan dasar ekonomi Malaysia yang betul ditiru pula oleh negara negara lain. Pakatan Harapan pun tiru BR1M yang dibuat BN dalam manifesto mereka. 

Bank Dunia menaikkan unjuran KDNK Malaysia sebanyak 4 kali dalam masa satu tahun empat bulan. Rekod pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Tidak bankrap seperti yang diramal Mahathir. Kesudahannya, bukan Malaysia yang bankrap tetapi kedai roti yang dimiliki oleh Mahathir yang bankrap sampai gulung tikar.

Kedai roti The Loaf, yang 51 peratus sahamnya dimiliki oleh Mahathir menutup operasi di kesemua 12 premisnya di seluruh negara pada 12 April lepas. Industri kedai berasaskan roti di negara ini boleh dikatakan besar dan kebanyakannya berjaya tapi tidak bagi The Loaf yang dimiliki oleh Mahathir. 

Seorang usahawan kedai roti kecil yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU), Haziqah Nurul Huda Harun, 20, dalam masa kurang satu tahun kedai kecil itu sudah berkembang menjadi kilang. Mahathir sebagai seorang bekas Perdana Menteri, seorang berpendidikan doktor perubatan patut malu dengan Haziqah Nurul Huda.

Kedai roti Rotiboy umpamanya pada tahun 2019 akan menambah 40 cawangan baru di negara ini. Pengasasnya, Hiro Tan, 54, dan kakaknya L. H. Tan, 57, memulakan perniagaannya dengan menjual pau di Pulau Pinang.

Mereka membuka kedai roti Rotiboy Bakeshoppe di Bukit Mertajam pada tahun 1998 dan kini sudah ada 40 cawangan dalam Malaysia dan beberapa cawangan di Indonesia, Korea Selatan dan Arab Saudi. Tuduhan Mahathir kononnya kedai rotinya terpaksan ditutup kerana keadaan ekonomi yang tidak bagus di negara ini adalah dakwaan yang tidak benar sama sekali.

Kedai roti Haziqah dan Rotiboy boleh berjaya, tidak lingkup pun. Pada 12 Januari 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dakwa Malaysia akan muflis menjelang tahun 2019 dengan hutang negara dijangka melonjak. Itu tahun 2012, sekarang sudah tahun 2018 prestasi ekonomi Malaysia terus berkembang dari pandangan badan penarafan antarabangsa, muflis jauh sama sekali.

Enam hari lepas, Bank Dunia meningkatkan jangkaan pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 5.4 peratus tahun ini berbanding jangkaan sebelum ini iaitu 5.2 peratus.

Pada Januari tahun ini, Mahathir sendiri dakwa Malaysia sedang menuju ke arah kebankrapan dalam satu forum : “Tahukah anda, kami mempunyai hutang jangka panjang dan jangka pendek sebanyak AS$900 bilion. Jika kami tidak membayarnya, mereka akan menyebabkan anda bankrap. “Anda lihat apa yang berlaku di Greece…

Di sini, kami meminjam lebih daripada Greece dan kami lebih miskin daripada Greece,” kata Mahathir. Dari segi fakta, jelas Malaysia tidak mempunyai hutang yang besar. Nisbah hutang kepada KDNK negara kini berada pada paras 50.7 peratus.

Ini lebih rendah daripada 92 buah negara lain di dunia antaranya, Singapura, Jerman, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan hampir kesemua negara maju. Kalau ikut cakap Mahathir, negara-negara itu sudah bankrap dulu dari Malaysia. Bagaimanapun, semua negara itu tidak bankrap termasuklah Malaysia. Negara ini tidak jadi seperti Greece sebagaimana yang diramal oleh Mahathir. 

Yang lingkup dan bankrup adalah kedai roti Mahathir. Rakan kongsi Mahathir untuk kedai roti berkenaan iaitu syarikat Motoko Resources Sdn. Bhd. yang memiliki 49 peratus saham pasti kecewa kerana Mahathir enggan mengakui kedai roti berkenaan adalah milik beliau. Mahathir hendak tipu rakyat kata tidak ada miliki saham dalam The Loaf tapi pemeriksaan lanjut mendapati sebaliknya.

Menteri Perdangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan Mahathir memiliki pegangan saham sebanyak RM10 juta dalam kedai itu. “Dia (Mahathir) mungkin malu sebab kedai itu (The Loaf) terpaksa ditutup baru-baru ini. Bayangkanlah sejak ditubuhkan dari tahun 2005 lepas, rugi sampai sekarang, biarpun sudah 13 tahun meskipun ada 12 cawangan.

“Sekarang sudah tutup, ini helah hendak salahkan pihak kerajaan, jadi usah dengar cakap Mahathir yang putar alam. Cakaplah betul-betul. Banyak perkara yang dia sudah buat, dia kemudian putarkan pula,” kata Hamzah pada 14 April lalu.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mahathir memiliki 10.062 juta saham dalam syarikat MBM Consolidated Resources yang merupakan pemilik The Loaf, malahan merupakan pengarah syarikat itu.

Selain itu, Mahathir juga pemilik Eurola Sdn. Bhd. dan Evektor – dua-duanya syarikat pembina kapal terbang; selain pemilik ketiga terbesar dalam hotel bertaraf lima bintang, Palace of Golden Horses dekat rumah beliau di Serdang, Selangor.

Sama ada kedai roti itu bankrap atau Mahathir sebenarnya sudah tidak menganggap The Loaf satu perkara penting dalam dirinya memandangkan beliau masih ada kepentingan dalam banyak lagi syarikat yang lebih menjanjikan pulangan wang yang lebih lumayan. Kalau betul ekonomi negara ini teruk, tutup sahajalah stesen Petron milik anaknya itu.

Sengaja sahaja buat gimik tutup kedai roti yang sememangnya bankrup semata mata hendak salahkan BN. Kedudukan kewangan Malaysia masih kukuh. Sebab itu BN boleh umumkan manifesto hebat untuk #HebatkanNegaraku #BersamaBN untuk semua peringkat rakyat. Usah terperangkap dengan propaganda murahan Mahathir.

#KonspirasiMahathir
#FitnahPakatanHarapan

Beruang Biru
Rabu
18 April 2018

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2K2lDvU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.