Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua beradik ajal bersama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua beradik ajal bersama

Dua beradik ajal bersama|Dua beradik maut selepas motosikal yang mereka naiki merempuh belakang lori di Batu 21, Jalan Kuching – Serian, pagi tadi.

Dalam kejadian 6.15 pagi itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian itu berlaku ketika lori yang dipandu lelaki berusia 32 tahun dalam perjalanan dari arah Serian menghala ke Kuching.

Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang dinaiki dua beradik itu datang dari arah belakang lalu merempuh lori berkenaan.

“Penunggang motosikal itu, Chile Brownson Jika, 21 dan abangnya yang membonceng motosikal itu, Beraina Jika, 26, parah di kepala serta badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mereka dihantar ke Hospital Umum Sarawak dan dijangka dibedah siasat pada 2 petang ini,” katanya.

Alexson berkata, pemandu lori dan kelindannya yang berusia 23 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Bagaimanapun, pemandu lori itu ditahan di Balai Polis Siburan bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

The post Dua beradik ajal bersama appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2F285Nb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.