Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penduduk Tanjung Aru Masih Mahu BN Berkuasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penduduk Tanjung Aru Masih Mahu BN Berkuasa



Setelah tiga penggal Barisan Nasional (BN) menerajui kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru dan telah membawa banyak perubahan, penduduknya berharap parti itu akan terus mendapat mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini. 

Penduduk kampung Tanjung Aru Baru, Awang Ekah Jalani, 65, berkata, Tanjung Aru yang terletak di pinggir bandar raya Kota Kinabalu itu telah melalui proses pembangunan dan menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun luar negara kerana kedudukannya yang berhampiran tepi pantai, khususnya Taman Prince Philip.

Awang Ekah berkata, kemajuan itu adalah hasil kerjasama baik antara pemimpin dan penduduk di kawasan itu yang boleh menerima arus perubahan serta pembangunan. "Kami (penduduk) berharap kepimpinan yang ada sekarang ini akan dapat dikekalkan di samping menambah baik lagi perkhidmatan kepada rakyat.

"Walaupun penduduk di sini berbilang bangsa, kami tiada masalah dan masih boleh bertemu dalam setiap majlis keramaian," katanya.

Bagi pekerja swasta, Sabrina Sitawin, 40, beliau turut mengakui pembangunan yang dibawa kerajaan di kawasan berkenaan seperti wujudnya Plaza Tanjung Aru, Perdana Park dan hotel bertaraf lima bintang telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Malag, ibu kepada empat cahaya mata itu yakin pembangunan yang terdapat di Tanjung Aru akan dapat diteruskan jika BN terus menerajui kawasan itu. "Setiap calon dari mana-mana parti ada kelebihannya, tetapi parti yang diterajui kerajaan selama ini telah banyak memberi sumbangan kepada rakyat dan juga negara," katanya yang berasal dari Tuaran.

Syafiqah Hassan, 28, pula mahu wakil rakyat di kawasan itu pada masa akan datang adalah daripada kerajaan yang stabil dan sentiasa mendengar suara rakyat. "Kami mahu pemimpin yang mendengar suara kami, selalu turun padang berjumpa dengan rakyat dan tahu apa yang rakyat mahukan," katanya.

Tanjung Aru dan Petagas merupakan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah kawasan Parlimen Putatan yang juga merupakan kubu kuat BN. Pada PRU-13, calon BN, Datuk Edward Yong Oui Fah memenangi kerusi DUN Tanjung Aru dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 3,690 undi menewaskan pencabar terdekat, Hamid Ismail daripada PAS yang mendapat 5,409 undi.

Calon lain, Salleh Tiaseh daripada Parti Reformasi Sabah (STAR) memperoleh 750 undi dan Yong We Kong daripada Parti Maju Sabah (SAPP) dengan 1,333 undi.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HgKxpU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.