Pengurus Restoran Sebar Gambar Lucah Bekas Teman Wanita Dijel
Seorang pengurus restoran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas dia menukar pengakuan bersalah bagi tiga pertuduhan menyebarkan gambar lucah bekas teman wanitanya yang kini merupakan seorang doktor di dalam laman blog, tiga tahun lalu.
Hakim Azman Mustapha mengarahkan tertuduh, Mohammad Khairul Abidin Abdul Rahim, 34, menjalani hukuman penjara setahun bagi setiap pertuduhan secara berasingan.
Ketika dituduh pada 28 Mac lalu, bapa kepada seorang anak berusia dua tahun itu mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan dan dia ditahan di Penjara Marang apabila gagal membayar wang jaminan yang ditetapkan sebanyak RM30,000.
Dalam penghakimannya, Azman berkata, beliau bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa perbuatan tertuduh menyebarkan gambar mengaibkan mangsa adalah keji dan bertujuan untuk menghancurkan masa depan wanita itu.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HgJZ3k
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment