Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jentera Hibrid Premium - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jentera Hibrid Premium



Jentera dwialam atau hibrid sememangnya terbukti mampu menjimatkan bahan api dan kebanyakan pengeluar automotif dunia kini bersaing mencipta jentera mesra alam yang terbaik. Tidak terkecuali BMW juga mencipta teknologi hibrid dengan cantuman enjin turbo berkuasanya dan kesudahannya, muncul kenderaan generasi baru yang tidak saja menjimat bahan api, malah pantas dan berprestij. 

Ini dibuktikan melalui pengalaman sekumpulan wakil media permotoran tempatan yang dipelawa khas oleh BMW Group Malaysia Sdn Bhd bagi menyertai program BMW iPerformance Drive 2018 untuk merasai sendiri teknologi hibridnya.

Sebanyak empat model BMW berenjin hibrid ditawarkan untuk program berkenaan iaitu BMW X5 xDrive40e, BMW 330e M Sport, BMW 530e Sport dan BMW 740Le xDrive. Menariknya kali ini, perjalanan ditemani GoPro Malaysia yang membolehkan peserta merakam video sepanjang program menggunakan gajet terkini hanya sebesar kotak mancis.

Bersama rakan wartawan daripada BH Auto, Mohd Zaky Zainuddin, penulis memilih untuk memandu uji BMW X5 xDrive40e sebagai kenderaan pertama. Bermula dari KL Performing Arts Centre (KLPAC), destinasinya Genting Sempah. Permulaan perjalanan mengharungi kesesakan sekitar Jalan Ipoh menuju ke Lebuhraya Duta-Ulu Klang Expressway (DUKE) sangat membosankan.
Kuasa Jentera Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) ini ditukar ke mod Max eDrive yang membolehkan tenaga elektrik digunakan sepenuhnya. Mod Max eDrive akan menggerakkan sistem pacuan elektrik ke output penuh tanpa sebarang emisi dan seandainya lebih banyak kuasa diperlukan daripada sistem pacuan elektrik, enjin pembakaran dalaman akan dihidupkan serta-merta.

Tiada sebarang kekurangan kuasa dirasai dan paling penting, penggunaan kuasa elektrik menjadikan tiada sebarang pelepasan gas sepanjang mengharungi kesesakan jalan raya. Sebaik memasuki Lebuh­
raya Karak, jentera masih menggunakan mod sama dan enjin bergerak lancar hingga tiba di destinasi.
Seterusnya, konvoi bergerak pula ke Taman Rimba Templer untuk makan te­ngah hari sebelum penulis memilih untuk memandu uji BMW 740Le xDrive ke Menara Jam Condong di Teluk Intan, Perak.

Menggunakan mod Auto eDrive sepanjang menyelusuri Lebuhraya Utara Selatan, kenderaan kelas limosin mewah ini adalah inovasi terbaik enjin pembakaran dalaman bersama sistem pacuan elektrik yang menjanjikan prestasi mengujakan bersama penjimatan bahan api serta emisi yang ketara.

Dalam mod Auto eDrive, enjin dan motor elektrik berfungsi seiring secara sangat efisien yang mana pemilihan kombinasi pemanduan paling optimum bergantung pada status pengecasan bateri bervoltan tinggi. Model premium ini dikuasakan enjin empat silinder sebaris bersesaran 2.0L dengan kepakaran BMW TwinPower Turbo.

Ternyata gabungan dwikuasa dengan transmisi automatik lapan kelajuan Steptronic tidak menghampakan. Sejurus tiba di mercu pelancongan itu, konvoi bergerak ke Kellie’s Castle di Batu Gajah sebelum ke bandar raya Ipoh. Kali ini, pemilihan BMW 330e M Sport untuk menyusuri laluan biasa dianggap sangat tepat.

BMW 330e dilengkapi motor elektrik termaju dengan rangkaian kuasa enjin BMW TwinPower Turbo empat silinder bersesaran dua liter. Model sedan premium ini berupaya bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya hingga kelajuan maksimum 120 kilometer sejam (km/j), memadai bagi mengharungi laluan luar bandar yang tidak terlalu sibuk.

Kawalan rangkaian kuasa boleh dikonfigurasi mengikut kehendak pemandu menerusi butang eDrive dan suis kawalan pemanduan dengan tiga mod pemanduan. Selepas bermalam dan keesokan harinya, BMW Group Malaysia melancarkan stesen mengecas untuk model hibridnya di Hotel Weil, Ipoh dan me­ngunjungi pengedar sah BMW di Ipoh, Tian Siang Premium Auto untuk makan tengah hari. 

Sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, penulis bersama Mohd Zaky memandu BMW 530e Sport dengan mod Save Battery, berikutan perlu tiba lebih awal untuk mengelakkan kesesakan ketika memasuki ibu kota. Dalam mod Save Battery pula, tenaga elektrik disimpan atau diganti menerusi proses ‘pemulihan’ ketika kenderaan meluncur di jalan raya.

Walaupun jentera ini mampu memecut sehing­ga kelajuan maksimum sekitar 235 km/j, teknologi eDrive termaju daripada BMW mencatat­kan tahap penggunaan bahan apinya tetap rendah. 

SPESIFIKASI:

BMW X5 xDrive40e M Sport

Enjin: 2.0L BMW TwinPower Turbo
Transmisi: Automatik 8 kelajuan Steptronic
Kuasa Maksimum: 245 hp
Tork Maksimum: 350 Nm
Harga: RM582,800

BMW 740Le xDrive 

Enjin: 2.0L BMW TwinPower Turbo
Transmisi: Automatik 8 kelajuan Steptronic
Kuasa maksimum: 258 hp
Tork maksimum: 400 Nm
Harga: RM598,800 (selepas insentif kelulusan hibrid kerajaan)

BMW 330e M Sport 

Enjin: 2.0L BMW TwinPower Turbo
Transmisi: Automatik 8 kelajuan Steptronic
Kuasa maksimum: 252 hp
Tork maksimum: 420 Nm
Harga: RM248,800

BMW 530e Sport

Enjin: 2.0L BMW TwinPower Turbo
Transmisi: Automatik 8 kelajuan Steptronic
Kuasa maksimum: 252 hp
Tork maksimum: 420 Nm
Harga: RM343,800

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Hjm5UU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.