Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mourinho Dalam Dilema - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mourinho Dalam Dilema



JOSE Mourinho mengakui Manchester United memberikannya dilema pemilihan untuk separuh akhir Piala FA, selepas kemenangan 2-0 di Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris, pagi tadi. 

Jaringan Chris Smalling dan Romelu Lukaku mengesahkan mata penuh di Dean Court, selepas Mourinho membuat tujuh perubahan akibat kekalahan mengejut United kepada pasukan bergelut, West Bromwich Albion pada Ahad lalu.

Kekalahan itu memberikan gelaran Liga Perdana buat Manchester City, menyebabkan pengurus United berkenaan menyalahkan pemainnya. Dalam usaha membangkitkan bintang yang kurang menyerlah dan merehatkan pemain, Mourinho membuat perubahan berdepan Bournemouth.

Lukaku, Alexis Sanchez dan Juan Mata adalah antara nama besar yang tidak disenaraikan, sebagai persiapan menjelang saingan separuh akhir Piala FA berdepan Tottenham, Sabtu ini. Paul Pogba mengekalkan tempatnya walaupun timbul spekulasi Mourinho bersedia menjual pemain tengah Perancis itu pada penamat musim ini.

Keputusan Mourinho itu memberikan suntikan buat pemainnya, ketika Smalling membuka jaringan pada babak pertama. Lukaku masuk dari bangku simpanan untuk mengesahkan tiga mata pada babak kedua, ketika United mengekalkan kedudukan di tangga kedua Liga Perdana.

Mourinho berpuas hati dengan hasil rombakan itu dan mengatakan beliau perlu memikirkan dengan betul sebelum menentukan kesebelasan utama untuk Piala FA. “Semuanya bagus, saya gembira. Semua pemain dalam padang bermain positif dan membuatkan mereka boleh bermain untuk Sabtu,” kata Mourinho.

“Pemain berada di posisi yang betul dan tidak cuba melakukan satu lagi hantaran, satu lagi muslihat. Saya tidak akan meletakkan 11 pemain ini di Wembley, tetapi mereka memberikan isyarat kepada saya (melalui persembahan) mereka mahu bermain dan sudah bersedia.”

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JdDor0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.