Hi! Welcome Back and Stay Tune! Android Message Di Web Disahkan – Masih Belum Boleh Digunakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Android Message Di Web Disahkan – Masih Belum Boleh Digunakan

Februari lalu kami laporkan Google bakal memperkenalkan Android Message untuk digunakan pada web. Sebelum ini, Google hanya menawarkan akses versi web untuk Hangouts dan Allo sahaja. Semalam melalui The Verge, Google memperlihatkan Android Message untuk web secara rasmi.

Android Message untuk web ini dilihat mempunyai ciri seakan WhatsApp Web. Pengguna perlu mengimbas kod QR untuk menghubungkan peranti dengan desktop untuk menggunakannya. Fungsi ini boleh digunakan oleh peranti-peranti yang menggunakan Android Message sebagai aplikasi permesejan mereka seperti Nexus, Pixel, siri Huawei P20 dan Mate RS.

Antaramuka Android Message untuk web ini dilihat menggunakan rekaan Material Design seperti yang dilihat pada antaramuka Gmail yang akan datang. Antara ciri yang hadir ialah sejarah mesej yang diselarikan dengan peranti, keupayaan menghantar emoji dan juga menghantar gambar.

Pengguna boleh dijangka boleh mengaksesnya melalui laman khusus di sini. Walaubagaimanapun, laman web ini masih belum aktif dan kemaskini aplikasi Android Message yang menyokong ciri ini masih belum hadir di Play Store. Sokongan Message dijangka akan diaktifkan dalam masa terdekat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2F1BXcG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.