Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kreativiti Tema Piala Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kreativiti Tema Piala Dunia



Bahang kehangatan Piala Dunia 2018 semakin terasa dan bagi memeriahkannya, Institut Seni Kreatif dan Rekaan (ICAD) Universiti UCSI menganjurkan Pameran Seni Bola Sepak sempena kejohanan empat tahun sekali yang bakal diadakan di Russia, tidak lama lagi. 

Sempena program berkenaan, 32 arca bola mewakili negara bertanding dalam Piala Dunia 2018 dipamerkan. Selain 10 busana inspirasi daripada trofi Piala Dunia dan 10 rekaan pakaian sukan yang dihasilkan penuntut ICAD.

Penuntut semester tiga Seni Reka Grafik, Yap Jing Lu, 20 berkata, dia menghasilkan arca bola mewakili Brazil untuk dipamerkan dalam program berkenaan dan mengambil masa selama tiga minggu menyiapkannya. Katanya, arca berkenaan dihasilkan menggunakan kertas bersama replika burung Hyacinth Macaw yang dipilih sebagai simbolik untuk negara berkenaan.

“Penyertaan dalam program ini memberi cabaran buat saya kerana jarang menonton bola sepak dan pemilihan negara juga dibuat menerusi undian secara rawak. “Disebabkan itu, saya perlu mencari informasi berkaitan terlebih dulu bagi memastikan arca dihasilkan menarik dan menonjolkan identiti Brazil sebagai negara yang berpengaruh dalam bola sepak.

“Jujurnya, saya gembira kerana dapat turut serta dalam program ini yang bukan saja memberi pengalaman baru malah menguji daya kreativiti peserta,” katanya.

Seorang lagi peserta, Gaurav Ashok Pednekar, 21, berkata, dia peminat pasukan Switzerland dan gembira kerana berpeluang menghasilkan arca bola bagi negara berkenaan. Katanya, bagi mendapat ilham, dia menjadikan peta negara berkenaan sebagai rujukan dengan memilih salah satu tarikan utamanya iaitu Gunung Matterhorn sebagai fokus utama.

“Saya mengambil masa selama hampir tiga hari untuk menyiapkan arca ini bermula dengan melakar, mewarna hingga ke proses melakukan kemasan. “Ia satu pengalaman yang sangat menarik lebih-lebih lagi apabila dapat menghasilkan sesuatu yang menjadi tontonan ramai,” katanya yang juga penuntut Diploma Seni Rekabentuk Animasi 3D.

Sementara itu, penuntut Seni Reka Fesyen, Shaina Akbarali Asani Aku, 21 berkata, penyertaan dalam program berkenaan untuk menguji kreativiti diri dan tidak sangka rekaannya mendapat pengiktirafan menerusi anugerah busana terbaik. “Rekaan itu dihasilkan sepenuhnya daripada kertas tanpa menggunakan bahan lain dengan kombinasi warna merah dan putih.

“Sementara itu, aksesori di kepala iaitu topi dihasilkan dengan mengambil ilham daripada jaring gawang iaitu sesuatu yang sinonim dengan permainan bola sepak,” katanya yang berasal dari Congo. 

Seorang lagi penuntut Seni Reka Fesyen, Nada Mohamed Gomaa Mohamed Khas, 21, pula menghasilkan rekaan gaun kembang yang mengambil ilham daripada angkatan tentera Russia, tuan rumah Piala Dunia 2018 untuk dipamerkan pada program berkenaan.

“Pasukan tentera simbolik kepada kegagahan dan ia juga menjadi lambang kekuatan sesebuah pasukan yang bersaing dalam Piala Dunia 2018. “Gabungan warna hitam dan keemasan pula membawa maksud kemenangan yang diburu setiap pasukan bertanding,” katanya.

Program berkenaan dirasmikan Duta Besar Russia ke Malaysia Valery N Yermolov sambil disaksikan Timbalan Naib Canselor Hubungan Luar dan Antarabangsa Universiti UCSI Profesor Datuk Dr Ahmad Zainuddin.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2K0vLFe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.