Banyak cabaran, dugaan 10 tahun ini: Waheeda
SELEPAS mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pendakwah bebas, Akhil Hayy, nama penyanyi Waheeda terus sepi daripada radar industri seni tanah air. Kelibatnya langsung tidak kelihatan di mana-mana majlis hiburan.
Sehinggalah baru-baru ini, Waheeda ‘dikesan’ ketika menghadiri program Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2).
Ditanya ke mana menghilang selama ini? Waheeda memberitahu bahawa dia hanya menyambung kerja yang pernah ditinggalkan dahulu, terbit dan cipta lagu.
“Saya berhenti sekejap daripada segala-galanya sebab mencari jawapan pada soalan, ‘kenapa aku Islam?’ sebab dalam perjalanan hidup ada banyak pertanyaan yang saya sendiri tak boleh nak jawab tapi saya mengakui saya Islam.
“Jadi saya ambil masa untuk belajar al-Quran dan sunnah serta melalui hidup sebagai seorang isteri dan ibu sepenuh masa membesarkan anak-anak ustaz ketika itu yang diamanahkan kepada saya.
“Dalam masa yang sama, saya juga terlibat dengan perniagaan dan usrah. Cuma mungkin sekarang all out untuk muzik dan perniagaan. Usrah pun masih lagi berjalan dan dalam perancangan untuk menulis sebuah buku,” jelas penyanyi lagu Wassini ini lagi.
Akuinya, dia merindui rakan-rakan dalam industri tetapi baginya, semua ini adalah perancangan ALLAH.
“Banyak cabaran dan dugaan sepanjang hampir 10 tahun ini. Sehingga satu ketika saya meminta ALLAH untuk tolak saya ke mana Dia hendak tolak saya dan saya akan mengikut sahaja.
“Bermula pertemuan semula suami saya dengan Ezlynn tahun lalu, jadi dari situ ALLAH buka ruang kepada pertemuan dengan rakan-rakan artis dan pemuzik yang lain, sehinggalah rakaman dan kini serius dalam penerbitan.
“Semua kerja ALLAH, kita tak tahu apa perancangan Dia tetapi doakan mudah-mudahan saya dapat melihat hikmah di sebaliknya dan berkembang,” ujar Waheeda lagi.
Tambah Waheeda, kehadiran dia aktif semula dalam bidang seni ini adalah dengan kefahaman yang lebih mengenai Islam dan sentiasa membawa Islam bersamanya
Dalam pada itu, dia juga ada perancangan untuk bertemu dengan David Teo dan turut tidak lupa kepada Datuk Prof. Dr. A. Razak Mohaideen dan keluarganya.
The post Banyak cabaran, dugaan 10 tahun ini: Waheeda appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H2zTGo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment