Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mesyuarat Khas EXCO Jika Parlimen Dibubar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mesyuarat Khas EXCO Jika Parlimen Dibubar


JOHOR BAHRU: Satu mesyuarat khas EXCO akan diadakan petang ini sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen pada pagi ini.

Jurucakap Pejabat Jurutulis Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, berkata mesyuarat khas EXCO itu akan diadakan pada jam 3 petang ini selepas Majlis Perasmian Masjid Pulai Indah yang dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

"Pakaian untuk EXCO beragama Islam ialah Baju Melayu, manakala bukan Islam adalah 'lounge suit'.

"Tiada sebarang kertas kerja akan dibentangkan dalam mesyuarat ini, hanya untuk memaklumkan pembubaran Dewan (DUN) untuk mendapatkan perkenan Sultan Johor," katanya kepada NSTP di sini, hari ini.

Seperti kebiasaan diamalkan, Menteri Besar akan menghadap Sultan Johor bagi mendapat perkenan untuk membubarkan DUN Johor.

Speaker DUN Johor kemudian akan menyerahkan surat watikah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri dan pusat bagi memaklumkan pembubaran berkenaan.- BH Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GIFRJ1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.