Hi! Welcome Back and Stay Tune! SIMBOL PKR PILIHAN TEPAT MEWAKILI PAKATAN HARAPAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SIMBOL PKR PILIHAN TEPAT MEWAKILI PAKATAN HARAPAN

Sebagaimana yang dijangka, malah disebut beberapa kali dalam tulisan sebelum ini, Pakatan Harapan akhirnya memilih simbol PKR sebagai lambang tunggal untuk semua calon gabungan itu dalam pilihanraya akan datang ini.
Sekaligus ini merupakan suatu kejayaan bagi gabungan pembangkang yang buat pertama kalinya dapat membuat persetujuan bersama berhubung penggunaan satu simbol itu.
Ini juga menunjukkan Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Pakatan Harapan telah mendapat penghormatan yang tinggi di mana usahanya untuk menyatukan parti-parti pembangkang telah mendapat respon yang baik serta membuahkan kejayaan akhirnya.
Penggunaan satu simbol ini adalah suatu lagi kejayaan Pakatan Harapan dalam usaha menumbangkan BN, setelah sebelum ini turut berjaya menyelesaikan pembahagian kerusi dan menetapkan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-7.
Hakikatnya, tidaklah mudah untuk membuat persetujuan ini, terutamanya melibatkan DAP yang sejak  pilihanraya 1969 lagi telah menggunakan logo roket, bahkan simbol itu sudah begitu dekat dengan hati orang-orang Cina.
Tetapi, demi agenda yang lebih besar untuk menyelamatkan Malaysia dan menunjukkan kesepakatan bersama untuk menentang BN di bawah satu simbol, DAP telah melakukan suatu pengorbanan besar yang tidak mudah sebenarnya.
Untuk itu, tahniah dan syabas kepada DAP kerana akhirnya memilih untuk berjiwa besar demi masa depan Malaysia yang lebih baik selepas ini.
Namun demikian, penggunaan satu simbol ini tidak seharusnya menimbulkan masalah besar kepada semua parti dalam Pakatan Harapan. Pendekatannya adalah mirip seperti UMNO, MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN yang meninggalkan simbol masing-masing, sebaliknya hanya menggunakan lambang dacing untuk menyertai pilihanraya.
BN sendiri sebenarnya tidak mungkin berjaya menjadi kerajaan melebihi 60 tahun jika semua parti komponennya menggunakan lambang masing-masing setiap kali pilihanraya diadakan.
Oleh kerana usaha menubuhkan Pakatan Harapan menghadapi sekatan dan nama serta simbol gabungan itu tidak boleh digunakan,  maka mengguna atau meminjam simbol PKR adalah pilihan yang tepat dan terbaik.
PKR adalah parti pelbagai kaum yang tidak ubah seperti BN juga kedudukannya, selain namanya sudah agak dikenali ramai. Jika PKR pelbagai kaum, BN juga pelbagai kaum.
Kiranya dengan UMNO menggunakan lambang dacing yang pelbagai kaum tidak menyebabkan perjuangan Melayunya terpadam, begitu juga perjuangan Bersatu membela orang Melayu tidak berubah hanya kerana menggunakan simbol PKR.
Malah, dengan adanya satu simbol tunggal PKR itu, kerja jahat UMNO untuk mengelirukan pengundi dan membuat tuduhan palsu serta menakut-nakutkan pengundi Melayu terhadap DAP dan lambang roket, dengan sendirinya tidak laku lagi dalam pilihanraya kali ini.
Juga, tidak harus timbul sebarang keraguan sama ada calon Bersatu, DAP dan Amanah boleh menggunakan simbol PKR atau tidak. Turut tidak harus timbul ialah keperl
.uan calon-calon Bersatu, DAP dan Amanah menjadi ahli PKR terlebih dahulu sebelum boleh bertanding menggunakan logo parti pimpinan Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu.
Praktisnya sudah berlaku sebelum ini di mana ahli PSM  atau Parti Sosialis Malaysia misalnya pernah meminjam logo PKR untuk bertanding di Parlimen Sungai Siput dan DUN Kota Damansara.
Untuk itu, amalan yang sama akan digunapakai kali ini di mana calon-calon Bersatu, DAP dan Amanah akan meminjam atau menggunapakai simbol PKR untuk menyertai pilihanraya, selain calon PKR sendiri sudah tentunya wajib menggunakan logo yang sama.

Pendekatan itu adalah suatu kejayaan bagi Pakatan Harapan yang tidak diberi kelulusan dan menjadikan ia semakin dekat untuk menjadi kerajaan baru bagi Malaysia menggantikan BN, meskipun di saat-saat akhir Bersatu cuba dilemahkan oleh Najib yang semakin terdesak dengan menggunakan RoS untuk membubarkan pendaftarannya.

– https://ift.tt/2pbjZwt

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qdIoDZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.