Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPR: TARIKH PRU 14 DITETAPKAN SELEPAS SEMUA DUN BUBAR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPR: TARIKH PRU 14 DITETAPKAN SELEPAS SEMUA DUN BUBAR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh PRU ke-14 hanya selepas menerima makluman rasmi pembubaran daripada semua Dewan Undangan Negeri (DUN), kecuali Sarawak.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, setakat ini hanya empat DUN – Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor – yang telah dibubarkan secara rasmi.

Ia susulan pembubaran Parlimen yang berkuatkuasa hari ini.

“Pada 6 April lalu SPR menerima sesalinan pengisytiharan pembubaran Parlimen ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong dan surat pemakluman rasmi daripada Yang di-Pertua Dewan rakyat.

“Namun begitu sehingga kini SPR masih belum menerima pemakluman rasmi mengenai pembubaran DUN daripada Speaker DUN negeri-negeri,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di Putrajaya, hari ini.

“Setelah kita menerimanya, barulah kita akan menetapkan tarikh untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan (tarikh PRU ke-14),” katanya lagi.

Selepas mesyuarat itu, katanya lagi, SPR akan mengumumkan hari penamaan calon, pengundian awal dan hari mengundi, serta daftar pemilih yang akan digunakan bagi PRU ke-14.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qcpgGw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.