KDN BELUM TERIMA SURAT RAYUAN BERSATU
GEORGETOWN – Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum menerima surat rayuan dari Bersatu berhubung arahan pembubaran sementara oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Perkara itu disahkan Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika membuat lawaran kerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pagi tadi.
“Saya hanya tahu perkara itu (Bersatu akan serah surat rayuan) melalui laporan media.
“Setakat ini KDN belum terima surat rayuan dari Bersatu tentang arahan RoS tersebut,” katanya.
Terdahulu, RoS mengeluarkan perintah pembubaran sementara berdasarkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966, kepada Bersatu berkuatkuasa, Khamis lalu.
Ketua Pengarahnya, Suriyati Ibrahim berkata, perintah itu memperuntukkan Bersatu diberi tempoh 30 hari untuk menghantar semua dokumen yang diperlukan RoS dan jika ada rayuan dan ditolak, Bersatu akan dibatalkan pendaftarannya.
Sementara itu, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata akan mengemukakan rayuan kepada Ahmad Zahid berhubung tindakan notis pembubaran sementara dibuat RoS.
– Sinar harian
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GDeAvn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment