Yana Samsudin akui jalani rawatan kesuburan
PELAKON Yana Samsudin mengakui beberapa kali menajalani rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI) dalam usaha untuk mendapatkan anak kedua.
Menurut Yana, proses tersebut dilakukan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota sebanyak tiga kali sekitar November tahun lalu sehingga Mac baru-baru ini dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM20,000.
Bagaimanapun usaha tersebut belum berhasil dan Yana reda rezekinya buat ketika ini.
“Jujur saya sedih dan menitiskan air mata kerana memang mengimpikan untuk mendapat zuriat lagi.
“Saya anggap belum rezeki bersama suami untuk menimang cahaya mata kedua. Allah ada perancangan terbaik untuk setiap hamba-Nya,” katanya kepada sebuah akhbar.
Dalam pada itu, Yana mengakui mungkin kerana faktor kesibukan bekerja membuatkan proses rawatan yang dijalaninya itu kurang berkesan.
Katanya lagi, selepas beberapa kali membuat rawatan, doktor menasihatinya untuk berehat seketika sebelum meneruskan dengan rawatan kesuburan lain.
“Buat masa ini, saya banyak sibukkan diri dengan bekerja. Bagaimanapun saya selalu berdoa dikurniakan anak secepat mungkin dan tidak akan putus asa,” luah Yana.
Yana berkahwin dengan Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aisy Mateen, 2.
The post Yana Samsudin akui jalani rawatan kesuburan appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uOG4J4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment