Hi! Welcome Back and Stay Tune! Paparan Skrin BenQ EW3270U Dilancarkan – Skrin 31.5 Inci Pada Resolusi 4K Dan Sokongan AMD FreeSync - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Paparan Skrin BenQ EW3270U Dilancarkan – Skrin 31.5 Inci Pada Resolusi 4K Dan Sokongan AMD FreeSync

Paparan skrin beresolusi 4K nampaknya semakin rancak dilancarkan oleh syarikat-syarikat pembuat paparan, dan BenQ tidak terkecuali daripada trend ini.

Terkini, BenQ dilihat mengumumkan pelancaran paparan skrin BenQ EW3270U, sebuah paparan skrin bersaiz 31.5 inci yang hadir dengan resolusi paparan 4K dan hadir dengan sokongan untuk teknologi paparan AMD FreeSync.

Paparan ini menggunakan panel VA (Vertical Alignment) dan mempunyai spesifikasi seperti kecerahan 300  cd/m², ratio kontras 3000:1 dan juga hadir dengan teknologi mereka sendiri yang dinamakan Brightness Intelligence Plus yang dikatakan mengurangkan jurang kontras diantara kawasan terang dan gelap.

Dari segi input pula, paparan BenQ EW3270U ini menggunakan satu DisplayPort, dua port HDMI 2.0, satu port USB 3.1 Type-C dan satu port audio 3.5mm.

Buat masa ini, BenQ masih belum mengumumkan bilakah paparan ini akan mula dijual, tetapi telah menetapkan harga pra-tempah pada $699 (RM2800).



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GBb4lw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.