Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rupanya sosok ni cukup digeruni dan mungkin menjadi igauan yang menghantui - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rupanya sosok ni cukup digeruni dan mungkin menjadi igauan yang menghantui

* Nak seranah pun tak guna.....hahaa, .kita pakat gelak jerlah!

Terfikir juga sekiranya ditaqdirkan BN menyembah bumi di PRU ini, apa agaknya akan jadi kepada puak-puak yang menongkah hasrat rakyat ni?

Tuesday, 3 April 2018

TAK CUKUP DENGAN ORANGNYA, GAMBARNYA PUN DITAKUTI JUGA...

Gambar Tun Mahathir Mohamad sebagai bakal Perdana Menteri dan Pengerusi Pakatan Harapan dilaporkan tidak akan dibenarkan untuk dipaparkan sepanjang kempen pilihanraya akan datang ini.

Alasan SPR tidak memberi kebenaran itu ialah kerana Pakatan Harapan didakwa belum didaftarkan secara sah dengan Pendaftar Pertubuhan atau RoS.

Sebaliknya, SPR hanya gambar presiden parti dan calon-calon yang bertanding saja dibenarkan untuk dipaparkan.

Dengan perkembangan terbaru ini, buat pertama kalinya kita akan menyaksikan SPR benar-benar dipergunakan untuk membantu kemenangan Najib Razak, UMNO dan BN dalam pilihanraya.
Tidak cukup dengan SPRM sebelum ini menyediakan lakaran baru kawasan pilihanraya yang memihak kepada BN dan diluluskan hanya dalam tempoh 2 jam di Parlimen, kini badan ini tampil dengan larangan baru yang amat menjengkelkan.

Apa yang ditakuti sangat dengan gambar Tun Mahathir?

Tak cukup takut dengan orangnya yang sudah berusia 93 tahun, rupa-rupanya dengan gambarnya pun ditakuti sama?

Alasan bahawa Pakatan Harapan tidak didaftarkan ternyata hanyalah alasan remeh dan sengaja diada-adakan.

Dalam waktu yang sama, kini barulah difahami juga mengapa RoS sengaja mencari pelbagai alasan untuk menolak kelulusan pendaftaran Pakatan Harapan.

Bukankah Tun Mahathir adalah Pengerusi Pakatan Harapan dan ketua kepada gabungan parti-parti pembangkang yang dengan kedudukan itu, bermakna dari segi moralnya, gambar beliau layak dipaparkan untuk memberi keadilan kepada pengundi dalam membuat pilihan?

Kenapa dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini di mana gabungan parti-parti pembangkang seperti Pakatan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan sebagainya yang juga tidak diluluskan oleh RoS, tetapi tiada halangan yang serupa pernah dikeluarkan oleh SPR?

Kenapa hanya ketika Tun Mahathir mengetuai Pakatan Harapan, baru larangan berkaitan gambar ini dikeluarkan?

Tak malu ke SPR mahu membantu kemenangan Najib, UMNO dan BN dengan cara begini? 

Lepas ini apa lagi agaknya?

Mungkinkah suara Tun Mahathir pun akan dihalang juga dengan alasan yang sama? (ShahbudinHusin 03/04/2018)

Posted by Shahbudin Husin at 19:22 


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uSWobF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.