Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nazri dibalun lagi: "Saya tidak memberi respons kepada orang gila, jahil" - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nazri dibalun lagi: "Saya tidak memberi respons kepada orang gila, jahil"

April 3, 2018
Pergi terjun tasik, kata Rafidah kepada Nazri
Sheith Khidhir Bin Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Perang mulut antara Datuk Seri Nazri Aziz dan bekas rakan Kabinetnya, Tan Sri Rafidah Aziz, berterusan hari ini apabila kedua-duanya saling memberi gelaran dan menghina satu sama lain susulan kritikan wanita itu terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

“Saya tidak memberi respons kepada orang gila, jahil yang langsung tidak tahu tentang dasar sudah lama wujud sebelum saya berkhidmat dalam kerajaan,” kata Rafidah selepas beberapa jam Nazri mendakwanya bersikap perkauman.

Nazri menyalahkan Rafidah atas kehilangan sokongan Cina kepada Barisan Nasional (BN) dan mendakwanya menyalahgunakan permit import (AP) bagi mengimport kenderaan baru di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang dahulu diketuai beliau.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu kemudian mengimbas kembali ucapan Rafidah kepada perwakilan Umno, di mana beliau mempertahankan diri dengan berkata, beliau hanya mengambil AP syarikat Cina untuk memanfaatkan Bumiputera.

Ini selepas Rafidah berkata, Nazri “tidak berpandangan jauh” kerana mengatakan kritikan Rafidah terhadap kerajaan disebabkan dendam peribadinya kepada Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Rafidah hari ini mengkritik Nazri lagi.

“Politik murahan oleh individu bermulut jahat,” kata Rafidah kepada FMT apabila diminta mengulas perkara itu.

“Beliau boleh terjun ke tasik.”

Bekas menteri perdagangan itu turut menggesa Nazri memfokuskan “masalah kotor yang lebih besar” dan beliau kemudian menghantar satu imej perumpamaan bahasa Inggeris yang diubah suai: “Birds of a lawless bigoted feather bully together” yang boleh disamakan dengan antah bersama antah, beras bersama beras.

Rafidah yang berkhidmat sebagai menteri perdagangan lebih 2 dekad, mengkritik pimpinan Umno selepas pihak berkuasa Indonesia merampas kapal layar mewah yang dikaitkan dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho yang dinamakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sebagai salah satu dalang dalam penyelewengan dana 1MDB.

Baca sebelumnya: Nazri dakwa Rafidah punca orang Cina benci BN


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H5oYeQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.