SEGALANYA WANITA’ DIJANGKA MELETUP
KEMAMAN – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) yang akan berlangsung pada November nanti dijangka meriah dan dipenuhi lautan pengunjung kerana kelainannya mengangkat konsep Segalanya Wanita.
Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, program mega itu dijangka mendapat sambutan luar biasa kerana pengaruh kaum wanita itu sendiri yang merupakan tiang seri negara.
Lebih penting katanya, langkah penganjur program mega itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang diterajui menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberi penghormatan kepada wanita pada MAHA 2018 menjadi batu loncatan kepada mereka menjana kekayaan kerana pertanian adalah sektor baharu kekayaan negara.
“Ini satu perancangan dan langkah yang amat bijak kerana apabila wanita menjadi kumpulan sasar dalam pertanian, ia dapat angkat pendapatan mereka kerana sektor pertanian merupakan sektor baharu yang menjana kekayaan kepada kumpulan sasar dan negara.
“Saya ucapkan terima kasih kerana memberi penghormatan setinggi-tingginya kepada wanita. Kalau wanita diletak di sisi kaum bapa di dalam pembangunan, ia akan maju jaya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Road to MAHA 2018 Zon Timur di Pantai Kuala Kerteh di sini, petang semalam.
Road to MAHA 2018 Zon Timur itu berjalan serentak dengan Karnival Usahawanita 2018 yang menghimpunkan seramai 500 usahawan wanita tempatan dari kelmarin dan bakal berakhir pada hari ini.
Mengulas lanjut, Shahrizat berkata, penghormatan yang diberi kepada wanita itu merupakan contoh kepimpinan kerajaan BN yang sebenar, yang tidak pernah mengetepikan wanita dan diberi tempat sewajarnya.
“Ini satu era baharu dalam MOA (kerana memartabatkan wanita),” katanya.
Terdahulu ketika berucap merasmikan program itu, Shahrizat berkata, menjadi matlamat wanita BN supaya semua wanita di negara ini mempunyai kebebasan ekonomi dengan mempunyai ‘dompet’ atau pendapatan sendiri.
Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, selari dengan pengisytiharan 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita oleh Perdana Menteri, MOA menggerakkan pelbagai agensi di bawahnya untuk membuka lebih banyak peluang bagi wanita menceburi bidang pertanian selain MAHA 2018 turut memartabatkan wanita.
“Di bawah unit industri asas tani, keutamaan diberi kepada pembangunan usahawan wanita misalnya separuh daripada RM500 juta peruntukan Tekun Nasional diperuntukkan kepada usahawan wanita untuk membantu mereka memulakan atau mengembangkan perniagaan.
“Satu lagi agensi pembiayaan di bawah MOA iaitu Agrobank juga telah diminta membuka peluang baharu khusus kepada usahawan wanita,” katanya.
– https://ift.tt/1bq4zcn
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GDFrYg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment