Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Isu Rasuah, Kita Mahu Pastikan Undang-Undang Negara Dipatuhi, Bukannya Hendak Membalas Dendam," Peguam Negara, Bekas KPN Disiasat, SPRM Dikaji Semula.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Isu Rasuah, Kita Mahu Pastikan Undang-Undang Negara Dipatuhi, Bukannya Hendak Membalas Dendam," Peguam Negara, Bekas KPN Disiasat, SPRM Dikaji Semula..



KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mungkin akan disiasat berkaitan pembabitan dalam kes syarikat pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) lapor Berita Harian.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pada masa ini nampaknya Peguam Negara memperlekehkan peranannya dan seakan menyembunyikan perkara sebenar.

Tegas beliau, tindakan akan diambil berdasarkan undang-undang negara atas nasihat peguam dan pentadbiran negara.


"Kita akan siasat mana-mana pihak yang kita tahu terbabit dengan jenayah rasuah ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan tumpukan kepada memerangi rasuah dan mengawalnya supaya hanya berada pada tahap paling minimum.


Katanya, mungkin sukar menghapuskan rasuah buat masa ini, namun ketika pilihan raya, ada sokongan yang dibeli dan wujud persempadanan semula kawasan pilihan raya.

"Semua perkara itu semakin teruk jika tidak dibanteras, malah tidak mustahil PH boleh menang dengan majoriti dua pertiga jika semua itu tidak berlaku, " katanya.

Dr Mahathir juga tidak menolak kemungkinan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diteliti semula fungsi dan peranannya dalam membanteras rasuah.


"Jika kita lihat wujud prejudis atau berat sebelah, mungkin akan berlaku perubahan besar termasuk membabitkan pengurusan tertinggi suruhanjaya itu" katanya.

Beliau berkata, sepanjang kempen pilihan raya, SPRM nampaknya seperti tidak menghiraukan fakta berlakunya rasuah.

"Kita boleh lihat banyak gambar yang membuktikan rasuah berlaku, malah dua hari lalu kita lihat tiada ceramah dibuat hanya wang diberikan kepada penyokong.

"Kita akan siasat perkara ini kerana kita mahu pastikan undang-undang negara dipatuhi, bukannya hendak membalas dendam," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Mohamad Hashim Abdullah, juga boleh disiasat jika ada unsur salah guna kuasa dan rasuah.

Sementara itu, ditanya mengenai kedudukan ringgit yang jatuh berikutan pelantikannya sebagai Perdana Menteri, beliau berkata buat masa ini negara berada dalam kedudukan tidak menentu kerana Kabinet belum dibentuk lagi.

Mengenai hubungan luar pula, Dr Mahathir berkata Malaysia akan mengekalkan hubungan yang baik dengan semua negara dan tidak tertumpu pada satu negara atau kuasa besar sahaja.

"Ini demi kelangsungan supaya produk Malaysia dapat memasuki pasaran antarabangsa, kita sedar bahawa ada kemungkinan kuasa besar membuat sekatan terhadap dasar perdagangan negara.


"Namun, kita akan bersikap adil tanpa mengira fahaman sama ada negara itu komunis atau bukan," katanya.

Sumber: Berita Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jSm3Jf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.