Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anak Saya Dah Pulih, Terima Kasih Nedim Dan Nora – Bapa Bayi Nur Edriana Maisarah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anak Saya Dah Pulih, Terima Kasih Nedim Dan Nora – Bapa Bayi Nur Edriana Maisarah

BAPA kepada bayi Nur Edriana Maisarah iaitu Mohd Shahril Azman mengucapkan terima kasih kepada pasangan selebriti Nedim Nazri dan Nora Danish yang menanggung kos rawatan penyakit ekzema anaknya yang kini berusia lima bulan.

Shahril berkata, keadaan kesihatan anaknya sudah beransur pulih selepas mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.Alhamdulillah selepas dapat rawatan pertama kulit anak saya 60 peratus sudah baik. Pada mulanya rasa bimbang pada usia dia empat bulan kulitnya mula tumbuh biji kemerah-merahan.

Lama-kelamaan dia pecah dan merebak ke seluruh badan serta muka. Saya pergi beberapa hospital tapi ubat tidak sesuai,” ujarnya kepada mStar Online.Adik Adriana sebelum (foto kiri) dan selepas mendapat rawatan di sebuah pusat perubatan.

Shahril berkata, dia memuat naik foto anaknya di laman sosial Facebook baru-baru ini dengan tujuan meminta doa orang ramai. Bagaimanapun, posting berkenaan menjadi tular sehingga mendapat perhatian suami aktres Nora Danish.

Shahril yang bekerja sebagai pekerja kilang di Kluang, Johor itu mengakui terkejut apabila Nedim meminta nombor telefonnya untuk dihubungi.Saya tiada niat untuk minta bantuan mana-mana pihak, saya muat naik di Facebook sekadar minta doa daripada rakan-rakan sahaja agar anak saya sembuh.

Tidak sangka foto itu tersebar di Instagram sehingga Nedim sendiri menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan,” ujarnya.Shahril bertemu Nedim buat kali pertama pada April lalu.Shahril berkata, dia bertemu dengan Nadim kali pertama pada 11 April lalu di pusat perubatan berkenaan.

Pada mulanya macam tidak percaya tapi selepas Nedim betul-betul ingin membantu saya rasa dia ikhlas dan setuju untuk bertemu di pusat perubatan itu.Anak saya dapat rawatan pertama di sana dan doktor beri ubat. Insyallah ada rawatan susulan untuk melihat kesan ubat tersebut sesuai atau tidak,” ujarnya.

Tambahnya, dia berharap dapat bertemu sekali lagi dengan Nedim dan Nora bagi mengucapkan terima kasih terhadap pertolongan yang mereka beri.Saya tidak tahu nak balas bagaimana jasa mereka, saya harap ada kesempatan untuk bertemu mereka sekali lagi suatu hari nanti,” ujarnya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KdAQJW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.