Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Ketua-Ketua Jabatan Tertentu Mesti Digugurkan. Saya Dapati Sesetengahnya Bersubahat Dan Membantu Pemimpin Terdahulu Yang Kleptokrasi.” Tun M.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Ketua-Ketua Jabatan Tertentu Mesti Digugurkan. Saya Dapati Sesetengahnya Bersubahat Dan Membantu Pemimpin Terdahulu Yang Kleptokrasi.” Tun M..


PETALING JAYA: Kerajaan tidak menolak kemungkinan menggugurkan beberapa ketua jabatan yang didapati bersubahat melakukan perkara tidak membawa kebaikan kepada negara ketika era kepemimpinan kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata itu antara agenda pembaharuan yang akan dilaksana sebaik dilantik mengetuai kerajaan.


Langkah itu, kata beliau perlu bagi memastikan pentadbiran kerajaan tidak terpalit dengan amalan yang boleh merosakkan.

"Ketua-ketua jabatan tertentu mesti digugurkan. Saya dapati sesetengahnya bersubahat dan membantu pemimpin terdahulu yang kleptokrasi.


"Sesetengah orang yang rapat dengan saya dikunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan ada juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysi (SPRM) dan mereka dikenakan cukai tambahan (ketika pentadbiran kerajaan terdahulu).

"Saya akan pulangkan semula (duit mereka)," katanya pada sidang media di sini, selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh, semalam.


Dr Mahathir berkata, negara juga ketika ini dibelenggu masalah pengurusan kewangan, selepas Bank Negara mendapati jumlah keseluruhan hutang yang dipinjam kerajaan terdahulu daripada institusi kewangan berjumlah hampir RM800 bilion.

"Tetapi sebenarnya saya jangka jumlah yang tersembunyi dipercayai mencecah RM1 trilion," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wzzxTt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.