Hi! Welcome Back and Stay Tune! Oppo Ingin Menawarkan Telefon 5G Dengan Keupayaan Membuat Panggilan Video 3D - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Oppo Ingin Menawarkan Telefon 5G Dengan Keupayaan Membuat Panggilan Video 3D

Dengan perkembangan arena telekomunikasi, kini pelbagai pengeluar sedang berlumba dalam memperkenalkan peranti 5G mereka tersendiri. Sebelum ini, ia telah dilaporkan yang mana Huawei akan hadir dengan telefon pintar 5G seawal 2019 kelak, dan kini Oppo dilihat akan melakukan perkara sama.

Oppo baru-baru ini telah memperlihatkan beberapa teknologi baru mereka yang akan hadir ke peranti mereka, termasuk kebolehan membuat panggilan video 3D terus melalui rangkaian 5G.

Oppo 5G

Panggilan 3D yang didemonstrasikan oleh Oppo menggunakan kamera depth-sensing yang terdapat pada beberapa telefon pintar masa kini. Oppo menjayakan panggilan video 3D ini dengan menggunakan gabungan imbasan 3D dan juga pencahayaan kamera 3D – sekaligus menyiarkannya melalui rangkaian 5G.

Dengan kebolehan ini, Oppo memperlihatkan keupayaan membuat panggilan video 3D melalui peranti mereka yang memberikan panggilan lebih menarik berbanding dengan penggunaan panggilan video biasa melalui Skype dan sebagainya.

Buat masa ini, Oppo menyasarkan untuk memperkenalkan ciri panggilan video 3D ini bersama-sama dengan telefon pintar 5G menjelang awal 2019 kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rBXpkk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.