Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lenovo Memperlihatkan Konsep Lenovo Z5 Dengan Skrin Meliputi 95% Permukaan Hadapan Peranti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lenovo Memperlihatkan Konsep Lenovo Z5 Dengan Skrin Meliputi 95% Permukaan Hadapan Peranti

Peranti dengan rekaan skrin yang hampir tiada bingkai telah diperlihatkan terlebih dahulu oleh Vivo dengan Vivo Apex. Vivo Apex adalah sebuah telefon pintar dengan 98% skrin di bahagian depan. Manakala, kamera swafoto dan kamera utama pula menggunakan konsep periskop sebuah kapal selam. Terkini daripada Lenovo adalah gambar acah Lenovo Z5,  iaitu telefon pintar yang mempunyai konsep yang hampir sama dengan Vivo Apex.

Penanti Lenovo ini diperlihatkan melalui laman Weibo rasmi Naib Presiden Lenovo, Chang Chen hari ini. Lenovo Z5 ini diperlihatkan melalui satu lakaran yang ringkas yang mempunyai bentuk seakan iPhone X dan skrin penuh seakan Vivo Apex. Walau bagaimanapun, menurut Chen Lenovo Z5 ini mempunyai skrin  yang meliputi 95% bahagian hadapan. Sebagai perbandingan, Vivo Apex yang mempunyai skrin yang meliputi 98% bahagian hadapan peranti. Selain daripada gambar lakaran, imej pengolokan sebahagian skrin hadapan turut diperlihatkan.

Peranti ini setakat ini hanyalah satu idea dan konsep. Jika Vivo boleh hasilkan, berkemungkinan Lenovo juga boleh. Walau bagaimanapun, jika peranti ini berjaya dihasilkan sudah pasti ia tidak akan masuk ke pasaran Malaysia kerana Lenovo hanya  memfokuskan kepada komputer riba dan tidak lagi menjual telefon berjenama Lenovo di negara kita.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wCcmrK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.