Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Wanita Memang Kena Ada Pendapatan Sampingan. Sekurang-Kurangnya Dapat Meringankan Beban Ketika Memerlukan Atau Berdepan Musibah.” Serina Redzuawan.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Wanita Memang Kena Ada Pendapatan Sampingan. Sekurang-Kurangnya Dapat Meringankan Beban Ketika Memerlukan Atau Berdepan Musibah.” Serina Redzuawan..



KUALA LUMPUR: Pelakon, Serina Redzuawan, 35, menasihatkan golongan wanita supaya mengukuhkan ekonomi sendiri sebagai persediaan masa depan.

Katanya, setiap individu, terutama golongan Hawa, usah terlampau selesa hingga tidak menyimpan semata-mata disebabkan sudah mempunyai tempat bergantung.


"Wanita memang kena ada pendapatan sampingan. Kalau menjadi suri rumah pun, mereka perlu mengusahakan sesuatu sebagai sumber kewangan.

"Sekurang-kurangnya simpanan yang dibuat dapat meringankan beban ketika diperlukan atau tatkala berdepan musibah. Semua ini adalah pelan sokongan masa depan.

"Apabila kedudukan ekonomi kukuh, jika ditinggal suami pun, kita ada sokongan kewangan tanpa perlu meminta di sana sini. Persediaan sebegini juga untuk diri sendiri dan anak-anak," katanya kepada BH Online.

Serina, yang menyandang status ibu tunggal dua anak sejak 1 Ogos tahun lalu, mengakui sudah biasa berdikari sejak kecil sekali gus perpisahan dengan bekas suami, Gavin Edward O'Luanaigh atau Salahuddin Ghaffar, membuatkannya semakin kuat.


Katanya, sejak kecil dia sudah biasa berusaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan ibu bapa, malah berpengalaman melakukan pelbagai pekerjaan demi mencari rezeki sendiri.

"Saya diduga dengan macam-macam perkara sejak kecil. Ibu bapa saya bercerai ketika umur saya dua tahun. Tetapi, saya tak anggap ia sebagai masalah dan saya tidak salahkan mereka.

"Siapa yang berkahwin untuk bercerai? Saya jadikan perpecahan keluarga sebagai dorongan untuk membuktikan keupayaan diri. Kita tunjukkan kita juga boleh berjaya.


"Bapa pun tahu saya jenis kuat bekerja dan tidak suka meraih simpati. Di Instagram, orang berasa pelik sebab saya tak sudah-sudah dengan bisnes sedangkan bapa saya kaya. Selagi ada kudrat, saya tidak mahu bergantung kepadanya," kata anak Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail itu.

Menjadikan bapanya sebagai penasihat dan pembakar semangat, selain perniagaan, pelakon itu juga aktif dalam aktiviti berpersatuan apabila menubuhkan Celebrity Sports Club sebagai penggalak kepada golongan selebriti mengamalkan gaya hidup sihat.

Sumber: Berita Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GbLuhL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.