Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Letak Jawatan Presiden UMNO & Pengerusi BN, Zahid Hamid Ambil Alih.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Letak Jawatan Presiden UMNO & Pengerusi BN, Zahid Hamid Ambil Alih..


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini umumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta.


Mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Biro Politik UMNO hari ini, Najib berkata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan menjalankan tugas Presiden parti.



Beliau berkata seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pula akan menjalankan tugas Timbalan Presiden.


"Saya berterima kasih kepada semua ahli UMNO sejak saya mengambil jawatan dan yakin jasa UMNO dan BN besar kepada negara kita," katanya.

Beliau juga berkata BN dan UMNO menerima dengan hati terbuka keputusan rakyat tidak memilih parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14.


Najib juga berkata beliau tidak akan meninggalkan UMNO dan akan terus menyokongnya.

Sumber: Berita Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2G9fH0Y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.