Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hanya Kerana Muat Naik Gambar Bersama Syed Saddiq, Anak Tiri Datuk Siti Diberi Amaran Sekiranya Tidak Mahu Sesuatu Yang Buruk Akan Berlaku Oleh Bekas Kerajaan Dahulu.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hanya Kerana Muat Naik Gambar Bersama Syed Saddiq, Anak Tiri Datuk Siti Diberi Amaran Sekiranya Tidak Mahu Sesuatu Yang Buruk Akan Berlaku Oleh Bekas Kerajaan Dahulu..



KUALA LUMPUR: Anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid berterima kasih kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas keberanian beliau bersikap lebih terbuka.

Asyraf yang memberikan komen di bawah kenyataan Syed Saddiq berhubung Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes semalam, mendedahkan keluarganya juga pernah menerima beberapa gangguan daripada kerajaan sebelum ini.




Asyraf mendakwa sebelum ini dia pernah menerima amaran selepas dia memuat naik gambarnya bersama Syed Saddiq sekiranya tidak mahu sesuatu yang buruk akan berlaku.


Asyraf juga menyoalkan bahawa Siti Nurhaliza tidak lagi kelihatan di saluran TV3 semenjak Siti Nurhaliza pernah bersuara tentang kerajaan terdahulu. 

Dia diminta untuk tidak berbuat demikian kerana tindakannya itu dianggap sebagai satu tanda sokongan secara terbuka kepada Ketua Pemuda Bersatu itu.

“Kita berada di dunia yang tidak bebas melakukan sebarangan termasuk membuat posting di Instagram,” katanya.


Bagaimanapun, Asyraf kini gembira atas perubahan baharu yang berlaku dan berharap keadaan akan kekal selamanya.

“Saya mahu lihat Malaysia terus maju,” katanya.


Kredit Gambar: Instagram Syed Saddiq


Semalam, Syed Saddiq menggesa orang ramai supaya berhenti mengecam dan melabel Tony Fernandes sebagai seorang pengkhianat.


Kata beliau, Tony telah didesak untuk melakukan sokongan terbuka kepada kerajaan sebelum ini.

Menurut Syed Saddiq, beliau berjanji era kerajaan baharu ini akan memastikan rakyat Malaysia mempunyai hak untuk memberi kritikan secara terbuka kepada kerajaan.

Sumber: Astro Awani


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KS9E4x

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.