Agensi dan individu terlibat dalam skandal 1MDB akan disiasat - Tun Mahathir
KUALA LUMPUR: Semua agensi dan individu yang terlibat dalam kes syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan disiasat.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mendakwa Ketua Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah menjejaskan kredibiliti kerana menyembunyikan bukti kesalahan berhubung kes 1MDB.
"Kita perlu ambil tindakan berdasarkan undang-undang di negara ini.
"Kita juga perlu mendapat nasihat dari pentadbir dan para peguam bagi memastikan apa sahaja kita lakukan tertakluk di bawah undang-undang negara.
"Bagaimanapun, apa yang kita mahu adalah mereka yang terlibat dalam rasuah perlu berdepan tindakan undang-undang," kata Dr Mahathir ketika mengulas mengenai skandal 1MDB.
Namun dilaporkan, Mohamed Apandi telah menolak dakwaan Perdana Menteri dan berkata tidak ada apa yang sedang disembunyikan.
Sebelum ini, Mohamed Apandi Ali telah mengesahkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan sebarang salah laku berkaitan isu 1MBD.
Siasatan antarabangsa mendakwa jumlah RM2.6 bilion yang memasuki akaun Najib adalah dari syarikat 1MDB, namun Najib pula berkata ia adalah sumbangan yang diterima dari keluarga diraja Arab Saudi.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jTbwNV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment