Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Kini Membenarkan Pengguna Memadam Kesemua Data Peribadi Yang Dikumpul Mengikut Kategori - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Kini Membenarkan Pengguna Memadam Kesemua Data Peribadi Yang Dikumpul Mengikut Kategori

Google mengumpil pelbagai data peribadi pengguna sebagai “bayaran” kepada perkhidmatan “percuma” mereka. Data yang dikumpul ini digunakan untuk tujuan pengiklanan, memberikan saranan video, memberikan saranan berita dan banyak lagi. Sempena penguatkuasaan General Data Protection Regulation (GDPR) di Eropah bulan ini, Google kini membenarkan pengguna memadam kesemua data peribadi yang dikumpul.

Apabila pengguna memasuki skrin tetapan My Activity, kesemua data yang dikumpul oleh Google tentang aktiviti anda kini boleh dilihat. Ia kemudian boleh dipadam sekiranya perlu. Pada waktu yang sama terdapat skrin tetapan untuk menghalang akses aktiviti yang dijejak oleh Google. Jika anda tidak mahu mereka menjejak video YouTube yang ditonton, ia boleh dihentikan semudah menekan satu butang.

Terdapat pilihan memadam mengikut kategori aplikasi, Chrome, YouTube, Google Assistant, Android, Image Search dan pelbagai lagi mengikut perkhidmatan Google yang anda gunakan. Dengan pengenalan skrin tetapan aktiviti ini, anda mempunyai kuasa sejauh manakah data peribadi anda yang ingin dikongsi.

Layari skrin tetapan My Activity untuk memadam data peribadi yang dikumpul



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rJp3fF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.