Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Rombakan Tidak Akan Menganiayai Mana-Mana Pihak, Tapi Demi Penambahbaikan Dalam Pentadbiran Agensi Kerajaan Negeri Ini.” - Menteri Besar, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Rombakan Tidak Akan Menganiayai Mana-Mana Pihak, Tapi Demi Penambahbaikan Dalam Pentadbiran Agensi Kerajaan Negeri Ini.” - Menteri Besar, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar..



KUALA TERENGGANU: Rombakan yang mungkin dilakukan untuk penambahbaikan dalam pentadbiran agensi kerajaan negeri ini, tidak akan menganiayai mana-mana pihak, kata Menteri Besar, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Katanya, perkara itu akan diteliti apabila beliau bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) memulakan tugas pada Isnin ini.


"Apabila ada penambahbaikan, mungkin ada beberapa rombakan diperlukan tetapi kita tidak akan menganiayai mana-mana pihak," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Perisytiharan Pelantikan Menteri Besar dan EXCO Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Syarqiyyah, di sini, malam tadi.

Selain itu, Ahmad Samsuri berkata, pihaknya juga akan berbincang dan melihat sebarang keperluan untuk menambah portfolio EXCO yang baharu, selain perancangan melaksanakan manifesto dijanjikan kepada rakyat.


"Insya-Allah, minggu depan akan ada mesyuarat EXCO yang pertama.

"Masyarakat bukan Islam tidak perlu risau walaupun tiada wakil di DUN kerana kita akan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan semua rakyat negeri ini mendapat manfaat sama dan tidak terpinggir.

"Kita akan berbincang, mengadakan pertemuan dan membuat penambahbaikan, termasuk melantik kaum tertentu sebagai wakil mereka dalam DUN sekiranya perlu demi kesejahteraan semua," katanya.

Sementara itu, beliau turut berterima kasih atas pandangan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang berharap kepemimpinan baharu kerajaan Terengganu tidak meminggirkan bidang perlancongan.


Beliau berkata, pihaknya memberi jaminan tidak akan meminggirkan bidang pelancongan yang memberi sumbangan besar kepada ekonomi negeri ini.

"Bukan hanya pelancongan, malah bidang pelaburan, industri desa, kampung dan perikanan akan dibangunkan demi kesejahteraan rakyat negeri ini," katanya



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jRCghS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.