Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Amal Minum Kopi Untuk Kurangkan Serangan Kanser Dan Panjang Umur ’.- Dr Erikka Loftfield. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Amal Minum Kopi Untuk Kurangkan Serangan Kanser Dan Panjang Umur ’.- Dr Erikka Loftfield.

Gambar sekadar hiasan


NEW YORK: Tabiat minum kopi dikaitkan dengan kadar kematian lebih rendah dan satu kajian baharu mencadangkan kafien tidak menyumbang kepada umur lebih panjang, kata laman berita Singapura, TODAY online, hari ini memetik laporan New York Times.

Kajian itu dijalankan ke atas data demografi dan kesihatan 498,134 penduduk British dengan usia purata 57 tahun. Ia turut mempunyai maklumat mengenai tabiat minum kopi mereka dan pelbagai genetik yang mempengaruhi metabolisme kafien. Lebih tiga suku responden minum kopi.


Tinjauan susulan 10 tahun kemudian mendapati 14,255 daripada responden meninggal dunia. Mereka mendapati risiko kematian daripada pelbagai sebab terutamanya kanser, penyakit kardiovaskular merekodkan penurunan sejajar dengan peningkatan pengambilan kopi.

Image result for old man drink coffee

Mereka yang minum secawan kopi sehari mempunyai enam peratus lebih rendah risiko berbanding mereka yang minum lebih rendah daripada kekerapan itu dan mereka yang minum lapan cawan atau lebih kopi sehari mempunyai 14 peratus risiko penyakit lebih rendah.


Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Jama Internal Medicine dan disesuaikan mengikut usia, kaum, merokok, jantina, indeks berat badan (BMI) serta beberapa faktor kesihatan dan kelakuan lain.

Pengaruh kopi kepada kesihatan didapati sama tidak mengira kopi biasa atau segera dan sama ada kopi berkafien atau kopi tanpa kafien. Selain itu, kesan manfaat minum kopi juga tidak mengira faktor genetik atau jika seseorang mempunyai kadar metabolisme kafien lebih pantas.


Persoalannya, adakah kajian menerusi pemerhatian ini mencadangkan kita patut minum lebih banyak kopi? Jawapannya tidak, kata ketua penulis kajian merangkap felo National Cancer Institute, Dr Erikka Loftfield.

Related image

"Pada peringkat ini, kajian hanya memberikan jaminan kepada peminum kopi, bukan panduan. Keputusan ujian tidak menunjukkan orang ramai patut mula minum kopi untuk manfaat kesihatannya," kata Loftfield. - Agensi/TODAYonline


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KZ0ZN4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.